Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gen Z sanggup ‘kembara melaram’ ke Korea

Khidmat Analisis Warna Peribadi untuk selari warna busana, aksesori dan dandanan dengan kulit kian tular
Aug 06, 2023 | 05:32 AM



Pelancongan perubatan ke Korea Selatan untuk pembedahan plastik dan rawatan dermatologi telah menarik jumlah rekod seramai 82,000 pesakit warga asing.

Namun kini, melancong untuk mendapatkan Analisis Warna Peribadi ataupun ‘Personal Colour Analysis’, pula menjadi trend tular di TikTok, bertujuan untuk mendidik individu tentang warna yang sesuai digayakan bagi pakaian, solekan dan aksesori berdasarkan warna kulit individu.


Pelancongan sebegini mencetus fenomena atau ledakan pelancongan dalam kalangan Generasi Z ke Korea Selatan.

Ramai pelancong sanggup terbang dari Amerika Syarikat ke Korea, untuk mengelakkan kos mahal analisis warna peribadi yang berharga sebanyak $728 untuk sesi tiga jam di Brooklyn, New York.

Analisis warna peribadi yang mengambil masa kira-kira sejam melibatkan proses si perunding warna menyarungkan ratusan fabrik contoh yang dipanggil ‘swatch’ pada bahu pelanggan. Teknik ini kebanyakannya dimanfaatkan ahli politik, ketua pegawai eksekutif dan golongan elit sosial sebagai cara menonjolkan diri mereka di khalayak ramai.

Kini, pelancong Generasi Z sanggup menunggu selama dua bulan untuk mendapatkan janji temu bagi analisis warna peribadi di Korea, yang berharga kira-kira $175 untuk meninjau perkara yang membuatkan wajah mereka bercahaya daripada menekankan lingkaran hitam atau kedutan di wajah mereka.

Selain itu, ramai perunding warna kini turut menawarkan ‘swatch’ palet peribadi, cadangan solek khusus serta saranan yang sesuai untuk jenis barang kemas yang hendak dibeli sama ada perkakas emas, emas mawar atau perak.

Mengenal pasti warna yang harmoni boleh membantu pelanggan membuat keputusan lebih baik tentang warna yang sepadan atau yang patut dielakkan semasa membeli-belah busana, alat solekan dan aksesori.

Mempunyai almari pakaian dengan warna yang paling menyerlah untuk penampilan seseorang menjadikannya lebih mudah untuk menyelaraskan pakaian agar mudah dicampur dan dipadankan.

Dalam palet analisis warna, ia berdasarkan empat musim – Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk.

Selain itu, setiap musim mempunyai palet warna tersendiri yang sesuai untuk ton dan warna kulit tertentu. Musim sejuk lebih sesuai untuk mereka yang berkulit gelap dan rambut dengan tona tanah seperti warna zaitun dan kuning ‘mustard’.


Setiap analisis warna digunakan secara berbeza untuk setiap penampilan. Oleh itu, anda boleh menikmati pengalaman yang membuka mata bagi mendapatkan bimbingan profesional bagi menunjukkan kepada pelanggan bagaimana mereka boleh memakai warna dengan bergaya.

Analisis Warna telah menjadi popular di TikTok dengan 375 juta tontonan klip, dengan pencipta kandungan menyiarkan pengalaman mereka melakukan analisis warna peribadi di Korea.

Anggota kumpulan K-pop Blackpink yang sensasi, Jisoo turut memperincikan analisis warna peribadinya di YouTube dan klip itu meraih 2.6 juta tontonan.

Kerana Jisoo, lebih ramai pelancong yang sering menjadikan analisis warna sebagai salah satu perkara yang ingin dilakukan dalam hidup atau tersenarai dalam ‘bucket list’ utama mereka, sebagaimana melakukan pembedahan plastik di Korea.


Bagi warga Singapura yang tidak mahu mengharungi perjalanan jauh ke Korea, lebih ramai perunding warna sudah pun muncul di Singapura untuk memenuhi permintaan dan trend. Antara yang popular ialah Carmen’s Colors di Singapura yang menawarkan khidmat dengan kos $345 untuk analisis warna dan laporan.

Sebagai seseorang yang suka bereksperimen dengan warna berani dalam pakaian seperti biru kobalt, merah jambu Barbie dan hijau Kelly yang ikonik, saya akan terbuka untuk menempah janji temu dengan perunding warna hanya jika saya kebetulan melancong ke Korea untuk bercuti.


Berdasarkan gembar-gembur analisis warna ini, ia bukan sahaja membantu orang ramai membeli-belah dengan mudah dalam mengenal pasti solekan dan pakaian yang sesuai,tanpa membuang masa wujud rasa bimbang jika ia sesuai untuk mereka.

Tetapi ia juga memperkasakan semangat untuk mengenali diri dengan lebih baik.

Keyakinan dalam menggayakan pakaian dan memapar kecantikan boleh menyumbang secara besar-besaran kepada tahap penampilan diri kita apabila berada di khalayak ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >