Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gen Z utamakan tidur yang cukup

Jun 4, 2024 | 5:30 AM
Generasi Z kini mengutamakan masa tidur dan rehat yang mencukupi kerana berasa ia membawa kepada kesejahteraan mental yang lebih baik, hubungan sosial dan produktiviti yang dipertingkat. 
Generasi Z kini mengutamakan masa tidur dan rehat yang mencukupi kerana berasa ia membawa kepada kesejahteraan mental yang lebih baik, hubungan sosial dan produktiviti yang dipertingkat.  - Foto ISTOCKPHOTO

NEW YORK: Mengorbankan tidur telah menjadi cara hidup yang berbahaya. Namun, ramai yang melengahkannya disebabkan kerja dan media sosial.

Selama bertahun-tahun, kata-kata ‘saya akan tidur apabila saya mati’ telah menjadi budaya yang membentuk cara hidup kita. Malah, ia sangat berleluasa sehingga ia menjadi tajuk rencana, lagu dan juga filem yang tidak terkira banyaknya.

Kebenaran yang menakutkan adalah – ia bukan sekadar frasa yang diungkapkan tetapi ia benar-benar berlaku. 

Terdapat kisah tentang seorang bekas pekerja Tesla di Amerika Syarikat yang terpaksa tidur di dalam keretanya dalam usaha untuk memendekkan masa berulang-alik dari rumah ke tempat kerja demi menjadi lebih produktif.

Namun pengorbanan itu tidak berbaloi kerana beliau diberhentikan kerja.

Seorang daripada tiga warga dewasa di Amerika melaporkan tidak cukup tidur dan 40 peratus orang dewasa melaporkan secara tidak sengaja tertidur sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan kerana tidak cukup rehat. 

Tidur adalah asas kesihatan. Apabila tidak memberikan badan rehat yang mencukupi, seseorang lebih terdedah kepada pelbagai keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, kemurungan dan demensia. 

Bagi wanita, risikonya lebih tinggi. Malah, 59 peratus wanita menghadapi risiko kematian awal lebih tinggi kerana mempunyai masalah untuk tidur.

Walaupun Generasi Z (Gen Z) mempunyai reputasi sebagai generasi yang ‘kecoh’, data terkini menunjukkan gambaran yang berbeza.

Pada awal 2024, satu kajian yang mengambil ilham daripada tajuk berita Wall Street Journal (WSJ) yang tular, ‘Waktu Tidur Baru Paling Hangat untuk 20-an Adalah 9 malam’. 

Waktu tidur awal mencerminkan Gen Z meletakkan keutamaan tinggi pada peningkatan tidur. Sebanyak 63 peratus berasa tidur membawa kepada kesejahteraan mental yang lebih baik, hubungan sosial dan produktiviti yang dipertingkat. 

Walaupun sesi kerja larut malam atau mesyuarat yang mengakibatkan malam tanpa tidur yang cukup menjadi tanda keberanian dan kesungguhan di tempat kerja, kini ia telah bertukar.

Gen Z akan tetap menghadiri mesyuarat tersebut namun mereka jauh lebih berkemungkinan untuk menetapkan batasan sekitar jadual mereka pada hari-hari berikutnya. 

Bagi wanita Gen Z, mereka melihat tidur sebagai satu-satunya impak tertinggi untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Kesedaran tersebut turut membina masyarakat di sekeliling dengan menggunakan TikTok sebagai wadah untuk menggalak orang lain mengutamakan rehat dan tidur.

Mengutamakan tidur secara besar-besaran merupakan perubahan budaya yang luar biasa untuk generasi yang membesar dengan Internet – salah satu faktor paling menjejas gangguan untuk mendapatkan waktu tidur dengan sempurna. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg