Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Google sedia musnahkan data pengguna pelayar peribadi

Apr 03, 2024 | 02:22 PM



Gergasi teknologi Internet, Google, bersetuju memusnahkan berbilion-bilion rekod data sebagai cara menyelesaikan tuntutan mahkamah yang mendakwa syarikat secara rahsia menjejaki penggunaan pelayar atau ‘browser’ peribadi.

Syarat penyelesaian telah difailkan pada 1 April di mahkamah persekutuan Oakland, California, dan memerlukan kelulusan oleh Hakim Daerah Amerika Syarikat, Cik Yvonne Gonzalez Rogers.

Peguam untuk plaintif menilai perjanjian itu lebih daripada AS$5 bilion ($6.76 bilion), dan setinggi AS$7.8 bilion. Google tidak membayar ganti rugi, tetapi pengguna boleh menyaman syarikat secara individu untuk mendapatkan ganti rugi.

Tindakan sekumpulan itu bermula pada 2020, meliputi berjuta-juta pengguna Google yang menggunakan penyemakan imbas peribadi sejak 1 Jun 2016.

Pengguna mendakwa bahawa analitis, kuki dan APL Google membenarkan syarikat Alphabet, yang memiliki Google, menjejaki pengguna mod ‘Incognito’ di pelayar Google Chrome dan pengguna pelayar peribadi di pelayar lain.

Mereka berkata ini menjadikan Google sebagai “khazanah maklumat yang tidak dipertanggungjawabkan”.

Berbekalkan maklumat daripada pelayar Internet, Google berupaya mengetahui maklumat tentang rakan, makanan kegemaran, hobi, tabiat membeli-belah dan “perkara yang paling intim dan berpotensi memalukan” yang dicari pengguna dalam talian.

Di bawah penyelesaian itu, Google akan mengemas kini pemberitahuan tentang perkara yang dikumpulnya dalam pelayar “peribadi”, satu proses yang telah dimulakan.

Ia juga akan membenarkan pengguna ‘Incognito’ menyekat kuki pihak ketiga selama lima tahun.

“Hasilnya ialah Google akan berupaya mengumpul hanya data daripada sesi penggunaan pelayar peribadi, dan keupayaan Google meraih pendapatan daripada maklumat itu akan dihadkan,” tulis peguam plaintif.

Jurucakap Google, Encik Jose Castaneda, berkata syarikat itu berbesar hati dapat menyelesaikan tuntutan mahkamah itu.

“Kami tidak pernah mengaitkan data dengan pengguna apabila mereka menggunakan mod ‘Incognito’

“Kami akan memadamkan data teknikal lama yang tidak pernah dikaitkan dengan individu dan tidak pernah digunakan untuk sebarang bentuk personalisasi,” kata Encik Castaneda.

Peguam plaintif, Encik David Boies, dalam satu kenyataan menyebut penyelesaian itu “langkah bersejarah dalam memerlukan kejujuran dan kebertanggungjawapan daripada syarikat teknologi yang dominan”.

Penyelesaian awal telah dicapai pada Disember, sekali gus mengelakkan perbicaraan mahkamah yang dijadual pada 5 Februari 2024.

Syarat penyelesaian itu tidak didedahkan pada masa itu.

Peguam plaintif bercadang mendapatkan bayaran guaman yang tidak ditentukan, yang perlu dibayar oleh Google. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >