Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Google sekat chatbot AI Gemini jawab soalan tentang pilihan raya

Mar 13, 2024 | 04:09 PM



Google telah menyekat chatbot AI Gemini daripada menjawab soalan tentang pilihan raya di seluruh dunia yang akan diadakan pada 2024, kata syarikat itu, sedang ia berusaha mengelakkan kemungkinan kesilapan dalam penggunaan teknologi itu.

Tindakan itu dilakukan sedang kemajuan dalam Kecerdasan Buatan (AI) generatif, termasuk penjanaan imej dan video, kian menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai mengenai maklumat salah dan berita palsu.

Ia mendorong pemerintah mengawal selia teknologi itu.

Apabila ditanya tentang pilihan raya seperti pemilihan presiden Amerika Syarikat yang akan datang antara Encik Joe Biden dengan Encik Donald Trump, Gemini menjawab:

“Saya masih belajar cara menjawab soalan ini. Sementara itu, cuba Carian Google.”

Google telah mengumumkan sekatan di Amerika pada Disember, dengan mengatakan ia akan berkuat kuasa menjelang pilihan raya.

“Sebagai persediaan bagi banyak pilihan raya yang berlaku di seluruh dunia pada 2024 dan atas kewaspadaan tinggi, kami mengehadkan jenis pertanyaan berkaitan pilihan raya untuk Gemini,” kata jurucakap syarikat itu pada 13 Mac.

Selain Amerika, pilihan raya kebangsaan akan diadakan di beberapa negara besar, termasuk Afrika Selatan dan India, iaitu negara demokrasi terbesar di dunia.

India telah meminta firma teknologi supaya mendapatkan kelulusan pemerintah sebelum mengeluarkan alat AI yang “tidak boleh dipercayai” atau dalam percubaan, dan meletak label alat AI berpotensi memberi jawapan salah.

Produk AI Google menerima sorotan selepas berlaku beberapa kesilapan dalam beberapa gambaran sejarah individu yang dicipta Gemini

Ia sekali gus memaksanya menghentikan buat sementara waktu ciri penjanaan imej chatbot tersebut pada lewat Februari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google, Encik Sundar Pichai, berkata syarikat itu sedang berusaha menyelesaikan isu tersebut dan menyifatkan respons chatbot itu sebagai “berat sebelah” dan “tidak boleh diterima sama sekali”.

Platform Meta (META.O), syarikat induk Facebook, berkata pada Februari ia akan membentuk sebuah pasukan bagi menangani maklumat salah dan penyalahgunaan AI generatif menjelang pilihan raya Parlimen Eropah pada Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >