Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Google setuju bayar $6.6b selesai tuntutan saman privasi pengguna

Jan 4, 2024 | 5:30 AM
CAPAI HURAIAN: Syarikat Google setuju menghuraikan saman privasi bernilai AS$5 bilion ($6.63 bilion) ekoran dakwaan bahawa syarikat itu menjejak kegiatan Internet pengguna yang menggunakan pelayar web (browser) peribadi.
CAPAI HURAIAN: Syarikat Google setuju menghuraikan saman privasi bernilai AS$5 bilion ($6.63 bilion) ekoran dakwaan bahawa syarikat itu menjejak kegiatan Internet pengguna yang menggunakan pelayar web (browser) peribadi. - Foto AFP

SAN FRANCISCO: Google telah bersetuju menyelesaikan tuntutan privasi AS$5 bilion ($6.63 bilion) yang mendakwa gergasi teknologi itu mengintip pengguna yang menggunakan mod ‘incognito’ dalam pelayar web (browser) Chrome – termasuk mod peribadi serupa dalam browser lain – untuk menjejak penggunaan Internet mereka.

Browser sejenis program atau aplikasi komputer digunakan untuk melayari Internet.

Tuntutan tindakan sekumpulan yang difailkan pada 2020 mengatakan Google mengelirukan pengguna supaya mempercayai bahawa ia tidak akan menjejak kegiatan Internet mereka apabila menggunakan mod ‘incognito’. 

Ia mendakwa teknologi pengiklanan Google dan teknik lain terus mencatat butiran lawatan laman dan kegiatan pengguna walaupun mereka menggunakan browser peribadi.

Plaintif juga mendakwa bahawa langkah Google menghasilkan “maklumat yang tidak dipantau” tentang pengguna yang awalnya menyangka mereka telah mengambil langkah melindungi privasi mereka.

Persetujuan yang dicapai baru-baru ini masih perlu diluluskan hakim persekutuan. Syarat persetujuan tidak didedahkan, tetapi saman itu pada asalnya menuntut $5 bilion bagi pihak pengguna.

Peguam plaintif berkata mereka menjangka mengemukakan perjanjian penyelesaian muktamad kepada mahkamah selewat-lewatnya 24 Februari.

Google tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas tentang penyelesaian itu.

Difailkan pada 2020, tuntutan mahkamah itu melibatkan “berjuta-juta” pengguna Google sejak 1 Jun 2016 dan menuntut sekurang-kurangnya $5,000 sebagai ganti rugi bagi setiap pengguna. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg