Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'GEGAR VAGANZA 8': REVIU GV 8

GV8 beri harapan belum terlambat bina jenama baru

Peluang cerah buat bakat SG, Aliff Aziz, kembalikan keyakinan diri dengan penampilan lebih matang
Nov 23, 2021 | 05:30 AM



APABILA seorang teman bertanya rancangan realiti American Idol sudah masuk musim ke berapa, saya jujur memberitahunya, saya sudah tidak ikuti lagi perkembangan francais adu bakat tersebut.



Sebabnya, macam dah bosan dan tiada faktor tarikan lagi dalam siri adu bakat Barat ini yang sudah dihujani artis yang ada daripadanya mempunyai suara dan gaya hampir serupa.



Pengetahuan saya tentang rancangan itu terbatas hingga musim kelapan apabila Kris Allen menumpaskan peserta kegemaran ramai, Adam Lambert.



Tup... tup... tatkala menyemak jentera pencari Google, terkejut apabila dapat tahu rancangan itu masuk musim ke-20, tahun ini.



Namun, mudah untuk menjejak bahawa Singapore Idol hanya bertahan tiga musim, Malaysian Idol cuma dua musim dan Indonesian Idol yang masih utuh hingga hari ini sampai musim ke-11 kini.



Apakah yang membuatkan sesebuah rancangan realiti itu bertahan lama dan tidak mudah membosankan ramai?



Bagi saya, ia haruslah memiliki peranan penting membangun ekosistem dunia hiburan yang sihat (sesudah pandemik yang memberi tamparan hebat buat rezeki dan projek anak seni yang dibatal atau ditunda) buat golongan artis yang tercari-cari cara membangun jenama baru mereka.



Kini, ramai yang sudah mula berasakan demam Gegar Vaganza 8 (GV8) yang datang pada hujung tahun, seiringan dengan musim hujan, cuti sekolah dan musim perayaan.



Menyaksikan konsert pertama di Astro Ria kelmarin membuatkan saya begitu teruja kerana melihat potensi rancangan ini lebih daripada setakat penghibur hari minggu atau santapan halwa telinga.



Saya lihat Adibah Noor menyanyi dan saya berasakan, daripada kerap mengacara atau berlakon, beliau harus muncul lagi dengan lagu baru dek vokal emasnya itu.



GV8 boleh menjadi penggerak sihat bagi bakat serantau mencetus ilham, mengasah semula kemahiran, mendapat panduan daripada yang berpengalaman dan menjalin kolaborasi.



BERI SEMANGAT BUAT ARTIS PERNAH LALUI KENANGAN SILAM SURAM



Sejak awal lagi, ia memberi seribu harapan buat mereka yang ingin bina hidup baru setelah terlibat dalam masalah sosial, jenayah atau dadah kembali ke pangkuan masyarakat berbekal bakat yang dimiliki.



Dalam musim-musim awal, kita sudah lihat Mamat, Ameng, Ezad Lazim dan Zamani yang pernah terjerat dengan isu dadah masuk ke gelanggang pertandingan dan diterima baik penonton yang masih memuji suara emas mereka.



Tahun ini, kita lihat peluang kedua kembali dengan jenama segar diberi buat penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz serta duo SA.YA (dari kumpulan Senario), Saiful Apek dan Yassin Yahya.



Jauh daripada kebiasaan warganet yang mudah mengecam daripada memberi kata-kata semangat, saya gembira melihat kata-kata perangsang yang dititipkan buat Aliff di laman Facebook Berita Harian, menyusuli laporan beliau meraih markah tertinggi iaitu 74.6 peratus pada konsert pertama kelmarin.



"Insya-Allah, Aliff Aziz dapat mengharungi kehidupan dengan lebih baik dan bermanfaat buat dirinya, keluarga dan semua," tulis Hamidah Hashim.



Noura Ferguson pula menambah: "Tahniah Aliff! Anda miliki pakej menyeluruh. Anda buat kami bangga, anak jati Singapura!"



Datuk Ramli MS selaku ketua juri pula akur Aliff mempunyai masa depan dan jenama tersendiri dalam lakonan dan nyanyian yang tidak harus disia-siakan. Sewajarnya, beliau manfaatkan segalanya dan beri sepenuhnya buat GV8 dan selanjutnya.



KEMBALIKAN ARTIS LAMA SUDAH LAMA MENYEPI



Saban tahun, akan ada artis legenda atau yang saya panggil 'abang-abang balada' yang suara lunaknya sering berkumandang di corong radio Singapura pada waktu petang atau malam.



Selepas Allahyarham Nassier Wahab, Razis Ismail dan Roy, tahun ini giliran pelantun lagu Semuanya Sudah Terlambat, Shidee.



Beliau masih boleh menyanyi, sekurang-kurangnya tidak 'terkeluar ring'.



Menurut Shidee atau nama sebenarnya, Rashid Abdul Wahab dalam satu wawancara media seberang, beliau bukan merajuk tetapi pernah membuat keputusan untuk enggan menyanyi kerana tidak lagi berada di bawah naungan Datuk Ahmad Nawab selaku penerbit.



Baginya, Ahmad Nawab adalah pencipta lagu yang tahu karakter suara dan dirinya malah memberinya beberapa lagu hit.



Namun, rancangan yang dibuat itu pastinya menimbulkan kesulitan buatnya bergerak maju dengan karya baru daripada komposer lain.



GV8 juga adalah ruang buat bakat seni menebus apa jua langkah yang tersilap diambil dalam kerjaya seni.



PERKUKUH JENAMA SEBAGAI ARTIS SOLO SELEPAS TUTUP ERA BERSAMA BAND



Zarul Umbrella, Ezad Exists, Zamani Slam, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild merupakan vokalis band yang berdiri secara solo di pentas GV.



Daripada pengalaman itu, banyak peluang meneruskan kerjaya nyanyian mereka, kalau tidak sehebat zaman band pun, sekurang-kurangnya ada rezeki lain dalam bidang niaga atau lakonan.



Tahun ini, ada Azan Scan dan Bandi Amuk.



GV8 menjadi pelantar buat vokalis band menguji keupayaan mereka bergerak secara solo, melakukan segalanya sendiri.



RUANG PEMASARAN UNTUK LANCAR KARYA BARU



Nikki Palikat, 36 tahun, penyanyi kelahiran Sabah yang juga isteri penggubah lagu Audi Mok, lebih aktif dalam dunia teater muzikal.



Kemunculan di GV8 juga didorong situasi anak tunggalnya yang berusia 11 tahun sudah meningkat remaja dan beliau boleh kembali aktif.



Impiannya menghasilkan lagu baru dan GV8 bak pembuka tirai untuk mempekenalkan Nikki semula.



Kali ini, fungsi GV8 ibarat pengenalan semula Nikki kepada industri hiburan. Siapa tahu beliau mampu memancing peminat baru dalam kalangan generasi muda pula?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >