Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Netizen teruja melihat keakraban dua penyanyi S’pura itu

Hady Mirza tenangkan Aliff Aziz di belakang pentas Gegar Vaganza

Oct 11, 2023 | 04:51 PM



Sepasang penyanyi hebat dan tak kurang tampan dari Singapura yang sedang bertanding dalam All Stars Gegar Vaganza, Hady Mirza dan Aliff Aziz terus menawan penonton, bukan saja di atas pentas, malah di belakang pentas juga.

Baru-baru ini, Hady Mirza, 43 tahun yang berbaju songket kuning memuat naikkan video persiapannya di balik tabir untuk minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza Musim Ke-10 itu.

Netizen teruja melihat keakraban mereka berdua terutama bila Hady mengikuti Aliff dari belakang dan cuba menenangkan Aliff yang kelihatan dalam keadaan tegang dan gemuruh menantikan gilirannya untuk membuat persembahan.

Ketika dihubungi oleh Berita Harian, Aliff Aziz, 32 tahun yang sedang sibuk membuat persiapan untuk minggu ke-4, mengaku beliau terharu kerana Hady tidak perlu berbuat begitu.

“Bila saya nampak video tu, saya terharu. Hady tahu saya rasa gementar, dan dia mengikuti saya ke belakang pentas untuk berikan sokongan,” kata Aliff yang menganggap Hady sebagai seorang Abang yang selalu berkongsi tips dan nasihat kepadanya.

Kata Aliff, walaupun seseorang sudah bergelar veteran dan telah bertahun menyanyi dan berpengalaman, mereka tetap akan merasakan gementar terutama dalam sebuah pertandingan.

Namun begitu, Aliff tetap akan menjanjikan yang terbaik untuk penonton.

“Saya cuba buat yang terbaik dan akan lebih fokus dalam persembahan sambil menenangkan diri saya,” tambahnya lagi.

Hady Mirza, Juara Gegar Vaganza Musim ke-enam, berkongsi tempat dengan Naqiu Boboy berkata :

“Saya nampak Aliff gemuruh, saya hanya cuba menenangkannya, itu saja. Tidak ada apa-apa yang istimewa tentang itu…”

Aliff membawakan lagu ‘Kasih’ oleh Hetty Koes Endang dan mendapat tempat ke-empat pada minggu ketiga manakala Hady Mirza yang membawa lagu popular ‘Lemak manis’ jatuh ke tangga tujuh, dari tempat pertamanya di minggu kedua.

Hady juga berkongsi sudah lama mengenali Aliff sewaktu Aliff masih remaja dan beliau menjadi pengadil dalam satu pertandingan nyanyian yang disertai Aliff dan adiknya, Aisyah Aziz pada tahun 2006.

Hady Mirza merupakan pemenang Singapore Idol tahun itu, dan Aliff Aziz ialah juara Anugerah 2007 terbitan Suria, Mediacorp.

Rata-rata pengikut akaun Instagram Hady Mirza itu juga turut terharu dan mengharapkan kedua-dua penyanyi kesayangan mereka mara ke depan.

Satu komen dari pengguna IG @farhussain82 berkata : “Dua-dua kebanggaan Singapura! Semoga dapat ke final korang!! Support all the way from kita orang Singapura”.


Seorang lagi pengguna @hazelbeautyqueensg pula menulis di ruangan komen : “Kebanggaan Singapura..teruskan perjuangan Hady dan Aliff jangan pernah mengalah, kami bangga dengan kamu berdua.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >