Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hafidz Roshdi diberi peluang kedua berlakon semula

Jun 24, 2024 | 5:56 PM
Pelakon, Hafidz Roshdi, tidak menyangka Global Station menawarkan watak dalam drama, ‘Bawah Payung Awan’ untuk siaran Viu. 
Pelakon, Hafidz Roshdi, tidak menyangka Global Station menawarkan watak dalam drama, ‘Bawah Payung Awan’ untuk siaran Viu.  - Foto BH ONLINE

Selepas hampir setahun tidak berlakon, pelakon Hafidz Roshdi, bersyukur diberikan ‘peluang kedua’ apabila kembali menerima tawaran lakonan.

Hafidz, 30 tahun, mendedahkan tawaran lakonan semakin berkurangan menyebabkannya terpaksa menjana pendapatan menerusi kerja sebagai penghantar barang dengan syarikat kurier sejak kemelut rumah tangga menjadi perhatian.

“Alhamdulillah, Allah beri peluang kedua apabila saya terima semula tawaran berlakon.

“Selepas setahun tak ‘shooting’, saya tak sangka Global Station tawarkan watak dalam drama, Bawah Payung Awan, untuk siaran Viu.

“Saya berharap ini akan menjadi titik tolak untuk saya kembali aktif dalam dunia lakonan,” katanya kepada BH Online.

Hafidz berkata beliau pernah menerima tawaran, tetapi namanya tidak diluluskan stesen televisyen (TV).

Namun, katanya, beliau tidak pernah terasa hati apabila namanya ditolak, sebaliknya menganggap tiada rezeki.

“Saya hanya pasrah apabila diberitahu nama tidak lepas stesen TV.

“Saya tak pernah bertanya kepada produksi, sebaliknya anggap tiada rezeki. Memang ketika itu kehidupan saya agak mencabar, jadi saya cuba jadi penghantar barang.

“Saya anggap kerjaya sebagai penghantar barang seperti proses ‘healing’ selepas lapan tahun tak berehat sejak bergelar pelakon.

“Ia seperti satu terapi kerana dapat berjumpa dengan ramai orang. Bila nak bergambar, saya rasa seperti membantu meredakan masalah bipolar yang dihidapi sejak 2021,” katanya.

Sementara itu, Hafidz berharap lebih banyak peluang lakonan akan diterima.

Selain itu, Hafidz juga berharap agar isu peribadinya tidak mempengaruhi pihak penerbitan untuk memanggilnya berlakon.

“Saya masih meminati bidang lakonan, jadi saya berharap drama ini akan membuka jalan untuk saya kembali aktif dalam dunia lakonan,” katanya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 30 tahun, yang dibina pada 2016 menjadi bualan ramai – dipercayai ekoran kehadiran orang ketiga.

Pasangan itu bercerai pada Julai 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, tujuh tahun, dan Umar, empat tahun.

Hafidz kemudian berkahwin buat kali kedua dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada, pada 15 Disember 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg