Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BOLLYWOOD

Pelakon handal turun harga setelah filem rugi besar

EMPAT PELAKON HANDAL YANG TERJEJAS
Jan 22, 2024 | 05:30 AM



Tempoh pasca-Covid-19 tidak seindahnya buat industri filem Bollywood.

Walaupun terdapat beberapa filem ‘pecah panggung’, tidak semua filem berjaya mengaut untung.

Jika pelakon wanita dan karyawan filem lain dalam industri Bollywood memang dijangka terpaksa dikenakan potongan gaji sewaktu tempoh sesudah wabak ini menutup tirainya, sebilangan bintang filem lelaki yang bergelar jutawan tetap dikenakan potongan gaji meskipun lakonan mereka dikatakan dalam kelas A.

Laman The Hindustan Times menyenaraikan empat pelakon handalan berikut yang terpaksa terima pendapatan berkurangan setelah filem pasca Covid-19 yang mereka jayakan tidak membawa keuntungan ‘box-office’.


Menurut laman itu, empat pelakon ini bersetuju mengurangkan bayaran tinggi yang mereka kenakan agar filem mereka boleh dipasarkan dan laris di pawagam.

Langkah yang diambil belum tentu dapat membantu industri filem Bollywood dari segi kewangan tetapi mereka menunjukkan bagaimana tumpuan beralih daripada menjulang bintang kepada usaha menjana penerbitan filem yang lebih bermutu dan mempunyai jalan cerita asli.

AKSHAY KUMAR

Akshay, 56 tahun, sudah menghasilkan banyak filem ‘blockbuster’ yang dekat di hati ramai penonton malahan nilainya di pasaran adalah AS$240 juta ($321.75 juta).

Filemnya, Sooryavanshi, mencatat kejayaan mengutip pulangan AS$25 juta yang disifatkan mengagumkan bagi filem pasca pandemik.


Bagaimanapun, empat filem selepas itu, Bachchan Pandey, Samrat Prithviraj, Raksha Bandhan dan Ram Setu tidak mendapat sambutan menggalakkan meskipun bayaran yang dikenakan Akshay bagi pendapatannya adalah AS$12 juta bagi setiap filem.


Beliau dikatakan telah mengurangkan bayaran yang dikenakan bagi filem bajet sederhana Selfiee dan pembikinan semula filem Tamil hit, Sooraraj Pottru.


TIGER SHROFF

Tiger, 33 tahun, mempunyai nilai pasaran AS$11 juta.

Beliau bukan sahaja tangkas menari tetapi pandai berlakon serta menarik perhatian penonton bagi filem prapandemik, War dan Baaghi 3 yang meraih kutipan ‘box-office’ AS$19 juta dan AS$14 juta.


Bagaimanapun, beliau dikatakan gagal menarik ramai ke pawagam menerusi Heropanti 2 yang menelan belanja AS$12 juta tetapi hanya meraih kutipan ‘box-office’ sebanyak AS$3 juta sahaja.


Tiger dikatakan telah mengurangkan separuh bayaran yang dikenakan untuk filem komedi muzikal yang sepatutnya membawa pada pendapatan antara AS$4 hingga AS$5 juta. Begitu juga dengan bayaran untuk dua lagi filemnya Ganapath dan Screw Dheela yang mempunyai bajet lebih rendah.


AAMIR KHAN 

Aamir, 58 tahun, yang dipanggil ‘Mr Perfectionist’ kerana sikapnya yang pentingkan kesempurnaan setiap karya filem yang dihasilkan dikatakan diberi bayaran tambahan jika sesebuah filem itu meraih keuntungan banyak.

Beliau boleh membawa pulang AS$25 juta bagi setiap filem.

Kerana itu, nilainya dalam pasaran mencecah AS$235 juta. Beliau malahan diberi pulangan lumayan yang dianggarkan sekitar AS$8 juta bagi filem yang kecundang seperti Thugs of Hindostan.


Bagaimanapun, apabila filemnya yang dinanti-nanti iaitu pembikinan semula filem Forrest Gump, Laal Singh Chaddha, juga kecundang, Aamir tidak lagi meminta pulangan filem malahan menanggung sendiri kerugian AS$12 juta bagi filem itu.


JOHN ABRAHAM

John, 51 tahun, mungkin berjaya dengan Jism dan Dhoom lebih dua dekad lalu bahkan dipuji kerana menerajui Dostana, Madras Cafe dan Satyameva Jayate dengan baik.


Namun, filem terkininya, Satyameva Jayate 2, Attack: Part 1 dan Ek Villain Returns semuanya gagal.


Menyusuli kegagalan filem itu, John yang mempunyai nilai pasaran AS$34 juta telah menurunkan harga bayaran bagi setiap filem sebanyak AS$370,000 dan mengenakan bayaran AS$2 juta bagi filemnya bersama pengarah Sajid Khan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >