Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hairul cipta nama sebagai wira aksi tanpa hirau kata orang

Jun 21, 2023 | 02:45 PM



KUALA LUMPUR: Impian bergelar pelakon aksi tercapai apabila nama Hairul Azreen sering menjadi dambaan pengarah untuk melakonkan watak lasak di layar perak.


Hairul atau nama sebenarnya, Hairul Azreen Idris, berkata beliau gemar mengambil tawaran lakonan bergenre aksi kerana ia adalah minatnya sendiri.

“Terus terang, saya banyak terima tawaran berlakon watak aksi sebab saya betul-betul minat. Saya buat sesuatu perkara yang penat, susah dan sakit. Ia memerlukan penilaian dari pelbagai aspek seperti kos persiapan badan dan sebagainya.

“Untuk cerita aksi, ia sinonim dengan saya. Ramai juga bercakap mengenainya. Alhamdulillah, ia satu perkara yang saya impikan selama ini,” katanya menerusi program hiburan popular TV3, Melodi.


Lebih selesa dikenali sebagai pelakon aksi, Hairul akui tidak kisah dengan cakap warganet yang mengkritik dirinya sering muncul dengan watak aksi.

“Dalam industri ini, ada yang suka, ada juga tidak. Saya buat sebab saya minat. Alhamdulillah, filem saya berjaya. Mungkin ramai yang tak suka saya. Ramai bercakap ‘asyik-asyik muka saya sahaja’.

“Bagi saya, jika meminati seseorang takkan bercakap begitu. Lain orang lain pendapat, terpulanglah nak buat apa. Apa yang penting, saya buat yang terbaik untuk diri saya,” ujar Hairul positif.

Dalam perkembangan lain, Hairul memaklumkan kini dalam proses berehat seketika selepas mengalami kecederaan pada bahagian ligamen lutut anterior (ACL) kirinya.

Suami kepada pelakon dan pengacara Hanis Zalikha itu juga bakal muncul dalam filem Malbatt: Misi Bakara yang akan ditayangkan Ogos depan. ‘Malbatt’ adalah singkatan bagi ‘Malay Battalion’.


Filem ini mengisahkan tentang 19 tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (Ramd), rejimen paling mapan dalam tentera Malaysia yang dihantar bagi misi berbahaya untuk menyelamatkan 70 renjer Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara sekitar Somalia sewaktu perang sivil pada 1993.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >