Bayangkan pada usia 31 tahun, pempengaruh sosial, usahawan dan pelakon Hanan Sheikh Helme Al-Johary, perlu membawa peranan remaja lulusan politeknik berusia 19 tahun dalam drama tempatan 128 Circle di Channel 5 dan aplikasi mewatch.

Namun, pengalaman menjayakan watak pembantu gerai mi rebus yang dikendalikan Aishah (lakonan Sharon Ismail) membuka mata Hanan tentang cara pemikiran dan bentuk huraian masalah golongan Generasi Z.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti