Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

20 tahun selepas ‘Sayang Semuanya’

Segannya Norman Ishak pabila ‘kakak’ jadi ‘kekasih’
Jun 12, 2023 | 05:30 AM



LEBIH dua dekad lalu, drama sosial Sayang Semuanya menyatukan Norman Ishak yang ketika itu masih bakat cilik dengan bakat teater, Sharon Ismail, yang baru sahaja tamat pengajian di Universiti Nasional Singapura (NUS).


Mereka diberi watak sebagai adik-beradik. Norman kagum dengan kefasihan dan kelancaran bahasa Sharon yang juga disifatkan sebagai pelakon berdaya intelek tinggi.

Justeru, apabila meningkat dewasa, Norman, 35 tahun, terkejut apabila beliau dilamar untuk menjayakan musim ketiga drama bahasa Inggeris, 128 Circle yang disiarkan di saluran Mediacorp Channel 5.


Sebabnya, beliau perlu menjadi seorang tukang baiki paip, bernama Rayyan, yang bercinta dengan penjaja gerai bernama Aishah, watak yang Sharon bawakan sejak musim pertama lagi.

“Saya agak terkejut apabila menerima watak ini daripada pihak penerbitan.

“Macam mana pula saya boleh jadi kekasih watak Kak Sharon? Bukan hanya kerana ada perbezaan umur antara kami berdua, malah, kerana saya pernah berlakon sebagai adik beliau,” kongsi Norman ketika dihubungi Berita Harian (BH).


Sememangnya, beliau berasa janggal sebab terbiasa melihat Sharon sebagai kakak yang dihormati dan disegani dalam dunia seni Singapura.

TIDAK LETAK HARAPAN UNTUK MENANG

“Pada awalnya, memang perbezaan usia yang ketara bukan menjadi tumpuan dalam drama ini. Awalnya, ia hanya kisah cinta biasa seorang balu yang kematian suami dengan seorang duda yang mempunyai anak.

“Tapi apabila memikirkannya kembali, pihak penerbitan akur ia sesuatu yang boleh mewujudkan bahan perbincangan buat penonton memandangkan perihal percintaan lelaki muda dengan wanita yang jauh lebih berusia kian menjadi satu kebiasaan yang kita lihat sekarang,” tambahnya.

Selain kesibukan menjalani penggambaran 128 Circle, Norman juga bersyukur di atas tiga pencalonan Pesta Perdana 2023. Beliau bagaimanapun tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang.


Norman dicalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama – Drama Khas/Antologi bagi drama Distopia.


Saingannya dalam kategori itu terdiri daripada Fir Rahman bagi Papa Pilot; Izzat Yusoff bagi Misteri Jam 12 (Musim Pertama); Mazlan Amat bagi Air Mata Ayah; dan pelakon veteran Zulkarnain Mohamed bagi Distopia.


Drama Distopia oleh Konxepz Productions mengetengahkan genre cereka sains – sesuatu yang berlainan dan baru.


“Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana penerimaan para penonton kerana karya cereka sains dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang jarang kita lihat di kaca televisyen,” kongsi Norman. 

Beliau menyifatkan drama Distopia yang berbentuk antologi terdapat persamaan dengan drama Inggeris, Black Mirror, di mana setiap episod mempunyai jalan cerita berbeza. Lantas, ia merupakan satu cabaran bagi Norman untuk menjayakan wataknya dengan berkesan.


“Kita mempunyai hanya sejam untuk menyampaikan jalan cerita itu kepada para penonton. Ini bermakna saya tidak ada banyak masa atau ruang untuk menghidupkan watak Ezad,” jelas Norman. 

Watak Ezad yang Norman lakonkan merupakan satu-satunya penjaga bagi bapanya, Shah, yang mengalami penyakit Alzheimer dan tidak mengingati anaknya itu.

Watak Shah dilakonkan oleh Zulkarnain yang turut dicalon dalam kategori yang sama. 

Norman berasa amat bertuah mendapat pencalonan dalam kategori yang sama dengan pelakon veteran itu. 

“Encik Zulkarnain seorang pelakon yang sangat profesional dan berbakat. Beliau membuat persiapan sebelum datang ke set penggambaran dengan skrip yang dicetak dan pena penyerlah untuk menghafal dialog.

‘SAYA INTROVERT DAN PEMALU’

“Sangat senang untuk saya bekerjasama dengan Encik Zulkarnain dalam drama ini. Tidak ramai pelakon sebaya dengan beliau yang masih bergiat aktif dan boleh berlakon di hadapan kamera hingga kini,” kongsi Norman. 

Di samping pencalonan dalam drama cereka sains itu, Norman turut dicalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama – Drama Bersiri bagi drama Identiti dan Personaliti Lelaki Paling Popular.


Beliau telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Utama (Digital) di Anugerah Televisyen Asia Ke-27 bagi drama Identiti dan telah memenangi anugerah Personaliti Lelaki Paling Popular di Pesta Perdana 2021.


Bagi Norman, beliau lebih selesa tidak berkongsi kehidupan peribadinya. Beliau yang juga kurang aktif di media sosial akur peminatnya mungkin mahu tahu tentang perkembangan terkini beliau. 

“Sejujurnya, saya seorang yang introvert dan pemalu. Saya berlakon kerana itu minat saya. Tetapi saya akur kini para penonton dan peminat juga mahu mengenali dengan lebih rapat pelakon yang mereka minati menerusi media sosial,” ujar beliau.


Norman turut berkongsi bahawa komen-komen negatif daripada penonton tidak mengganggu dirinya untuk membuat yang terbaik semasa berlakon kerana beliau menganggap dirinya sebagai pengkritik terbesar bagi lakonannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >