Pengguna Berdaftar
Hanie Bella kian masak dengan asam garam dunia seni
Walau cintakan dunia hiburan, alumni ‘Juara Mic Junior’ miliki cita-cita ceburi kerjaya makmal, buru impian sukan
Jun 26, 2024 | 5:30 AM
Dari usia semuda 10 tahun, bintang remaja, Hanie Bella, sudah terdedah kepada warna-warni dan jerih payah hidup artis dalam dunia hiburan Singapura setelah muncul sebagai antara finalis peraduan adu bakat cilik, Juara Mic Junior.
Walaupun sektor hiburan setempat kecil dan tidak boleh dianggap sebagai sebuah industri, Hanie, kini 17 tahun, mengagumi semangat waja dan kesungguhan pengacara dan pelakon, Nurul Aini Abdul Rahim dan Huda Ali, yang bukan sahaja anggun, malah mampu membawa watak mereka termasuk dalam segmen komedi secara berkesan.
Laporan berkaitan
Rahila Rashun tidak lupa asal usul jadi penghibur kelab masyarakatJun 6, 2024 | 6:03 PM
Bakat cilik dan remaja kota impian nyanyi lagu rakyatAug 4, 2023 | 4:23 PM

