Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hannah Delisha sangkal dakwaan rumah tangga bermasalah

Dec 21, 2023 | 3:02 PM
LEBIH HARGAI PRIVASI: Hannah Delisha menjelaskan beliau dan suaminya, Imam Shah, lebih senang membataskan media sosial untuk papar urusan pekerjaan dan perniagaan dan bukan kisah peribadi mereka.
LEBIH HARGAI PRIVASI: Hannah Delisha menjelaskan beliau dan suaminya, Imam Shah, lebih senang membataskan media sosial untuk papar urusan pekerjaan dan perniagaan dan bukan kisah peribadi mereka. - Foto LIPUTAN6

Tidak berkongsi tentang perihal suami di media sosial bukan bererti mahligai yang dibina dalam fasa berantakan.

Begitulah penjelasan yang diberikan pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, yang berpangkalan di Malaysia kini, menjawab desas-desus warganet dan media mengenai keadaan rumah tangganya bersama bakat Singapura, Imam Shah.

“Banyak sahaja khabar angin saya dengar. Ada yang ingatkan hubungan kami bermasalah, ada juga yang ingat saya belum kahwin lagi. Bukan tidak mahu kongsi, tetapi kami berdua selesa begini.

“Sejak awal perkenalan pun kami jarang kongsi pasal peribadi. Banyak hantaran adalah tentang kerja dan perniagaan.

“Setiap orang ada cara sendiri dan ini adalah pilihan kami. Selagi khabar angin tidak memudaratkan, saya fikir tiada masalah untuk terus privasi sebegini,” kongsinya kepada laman web, Utusan Malaysia.

Turut dipertanyakan adalah perihal zuriat memandangkan mereka sudah berkahwin sejak dua tahun lalu.

Hannah, yang namanya disebut-sebut kembali selepas menjayakan drama, Andai Itu Takdirnya, berkata:

“Siapa tidak mahu zuriat kan? Tetapi soal rezeki ini saya dan suami sepakat tidak mahu terlalu memaksa atau mempersoal.”

“Kami percaya Tuhan lebih mengetahui waktu terbaik untuk kami memiliki zuriat dan pada masa yang sama, terbuka sekiranya dikurnia cahaya mata dalam masa terdekat.

“Ada juga terima pertanyaan berkaitan zuriat ini, tetapi saya dan suami tidak ambil hati. Cuma kadang-kadang terfikir juga. Terutama soal usia dan perancangan masa depan.

“Tetapi kami serahkan soal rezeki bulat-bulat kepada Tuhan. Dia lebih tahu,” ujarnya lagi.

Pasangan itu juga kelihatan datang bersama pada peringkat akhir peraduan realiti Astro, All Stars Gegar Vaganza (ASGV) di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 10 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg