Hati siapa yang tidak berbunga apabila melihat pakaian yang direka dan yang dijualnya menjadi pilihan sebahagian wanita yang mengerjakan umrah ketika berada di Makkah dan ziarah Madinah. Ia ibarat anugerah yang cukup manis dan tidak ternilai.

Begitulah yang dirasakan pemilik jenama tudung dan busana Muslimah, Datin Diyana Halik, isteri pelakon popular kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz.