Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan media sosial luaskan jangkauan BH ke audiens baru

Dalam tempoh setahun sejak transformasi akhbar ini, kadar keterlibatan atau ‘engagement’ dan jumlah pengikut iaitu ‘followers’ media sosial BH naik hampir 35 peratus
Aug 2, 2024 | 6:00 PM
Pasukan Media Sosial BH (barisan depan, dari kiri) Cik Natasha Mustafa, Cik Ameerah Sallehuddin, (barisan belakang, dari kiri), Encik Abdul Qayyum Sarip, Cik Ervina Mohd Jamil, Encik Fakhruradzi Ismail, Cik Siti Aisyah Nordin dan Cik Amira Syaheera Azlan.
Pasukan Media Sosial BH (barisan depan, dari kiri) Cik Natasha Mustafa, Cik Ameerah Sallehuddin, (barisan belakang, dari kiri), Encik Abdul Qayyum Sarip, Cik Ervina Mohd Jamil, Encik Fakhruradzi Ismail, Cik Siti Aisyah Nordin dan Cik Amira Syaheera Azlan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Dalam landskap media baru, media sosial bukan lagi sekadar satu wadah sampingan.

Sebaliknya, ia merupakan wadah penting yang menjadi sebahagian daripada nadi operasi bilik berita.

Di Berita Harian (BH), perkara ini tidak terkecuali.

Peranan yang dimainkan pasukan media sosial akhbar ini menjadi semakin penting pasca transformasi BH yang mula dilaksanakan sejak Jun 2023.

Antara hasil daripada peranan penting yang dimainkan itu ialah ia telah membantu memacu tontonan halaman atau pageviews (PVs) BeritaHarian.sg daripada sekitar 1 juta sebulan pratransformasi kepada 2.5 juta hari ini.

Mengulas mengenai peranan penting yang dimainkan pasukan media sosial itu, Editor Berita BH, Encik Hadi Saparin, 43 tahun, berkata:

“Peningkatan PVs hampir 150 peratus yang dicatat dalam tempoh 12 bulan pastinya tidak dapat dicapai tanpa peranan yang dimainkan pasukan media sosial kami dalam menyebarkan luas kandungan yang dihasilkan wartawan daripada pasukan-pasukan lain dalam bilik berita.

“Lebih penting lagi, menerusi media sosial juga, kami dapat menjangkau audiens kami dengan lebih cepat untuk menyampaikan berita-berita yang penting buat mereka.”

Pasukan media sosial akhbar ini terdiri daripada enam kakitangan termasuk Ketua Media Sosial, Penerbit Eksekutif, Penerbit, Wartawan serta Penerbit dan Penyampai Podcast.

Pasukan itu dipimpin Penolong Editor Berita (Media Sosial), Cik Ervina Mohd Jamil, 34 tahun.

Keberkesanan strategi pasukan media sosial akhbar ini dalam fasa pertama transformasi BH bukan hanya dapat dilihat menerusi PVs.

Data keseluruhan wadah media sosial BH juga – termasuk Facebook, Instagram dan TikTok – mencatatkan kenaikan kira-kira 35 peratus bagi kededua keterlibatan atau Engagement (tanda suka, perkongsian dan komen) serta pengikut atau Followers.

Watch on YouTube

Kerjasama antara pasukan media sosial dengan pasukan wartawan lain di BH antaranya boleh dilihat menerusi laporan khas: Kuda Kepang: Seni atau Songsang.

Sedang laporan bagi laman web dan cetak dihasilkan wartawan daripada pasukan Lab Berita akhbar ini, videonya dihasilkan oleh Penerbit Media Sosial, Cik Amira Syaheera Azlan, 30 tahun; dan Penerbit Eksekutif, Encik Fakhruradzi Ismail, 36 tahun.

Cik Ervina berkata dengan menyebarkan dan memperkukuh kandungan sedia ada menjadi misi utama pasukannya dalam 12 bulan pertama transformasi, beliau dan pasukannya kini akan memberi lebih tumpuan kepada kandungan sendiri atau original dalam fasa kedua transformasi.

Wartawan Media Sosial, Cik Ameerah Sallehuddin, 22 tahun, pula ditugaskan mengembangkan saluran TikTok akhbar ini dengan tumpuan menghasilkan kandungan berita yang mesra audiens muda.

“Pasukan kami mempunyai gandingan kakitangan berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan juga mereka yang baru menyertai bidang media.

“Kombinasi pengalaman, perspektif segar dalam penghasilan kandungan dan bakat dalam menyampaikan cerita secara kreatif ini akan kami gembleng untuk menghasilkan kandungan yang dekat dengan cita rasa audiens kami,” ujar Cik Ervina.

Watch on YouTube

Antara kandungan sedemikian adalah laporan mengenai pengorbanan warga Malaysia yang bekerja di Singapura demi memberikan kehidupan lebih baik buat keluarga mereka.

Video yang dihasilkan Wartawan Media Sosial, Encik Abdul Qayyum Sarip, 34 tahun; bersama Penerbit Eksekutif, Encik Fakhruradzi, telah mencapai 1 juta tontonan.

Mengulas mengenai tumpuan pasukan media sosial dalam menghasilkan kandungan sendiri, Encik Fakhruradzi, yang berpengalaman sedekad sebagai koresponden akhbar ini sebelum menyertai pasukan media sosial pada Julai 2024 berkata:

“Kita sedia maklum bahawa audiens media sosial, laman web dan akhbar cetak umumnya adalah berbeza.

“Justeru, penting bagi BH menghasilkan kandungan merentasi semua wadah-wadah ini untuk meluaskan lagi jangkauan kami kepada masyarakat.”

Pasukan Media Sosial BH dilengkapi dengan Ketua Media Sosial, Cik Siti Aisyah Nordin serta Penerbit dan Penyampai Podcast, Cik Natasha Mustafa, 29 tahun, yang bertanggungjawab bagi podcast utama akhbar ini, NoTapis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg