Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hati-hati, usah mudah terpedaya apabila bercuti

5 penipuan di rantauan yang boleh jerat pelancong
Jul 30, 2023 | 05:30 AM



Percutian yang disangka menggembirakan buat seisi keluarga dan bebas stres mungkin akan terjejas dengan masalah kecurian atau penipuan yang berleluasa sejak akhir-akhir ini sesudah pandemik Covid-19 reda.

Apakah lima bentuk penipuan yang boleh terjadi di rantauan? Bagaimana menanganinya? Ikuti panduan laman Nomadic Mat.


Tambang teksi berlebihan







Tambang teksi berlebihan adalah bentuk penipuan kembara yang paling kerap berlaku di serata dunia. Pemandu teksi mungkin memberi alasan meter teksi rosak dan cuba meletakkan harga yang lebih tinggi daripada biasa atau anda akan melihat pergerakan meter lebih laju daripada biasa.

Bagi mengelakkan penipuan sebegini, dapatkan anggaran harga teksi terlebih dahulu daripada kakitangan hotel. Jika si pemandu cuba memberikan harga yang berbeza, berikan harga yang sepatutnya yang diberi kakitangan hotel.

Jika dia enggan terima harga tersebut, cari teksi dengan meter yang boleh berfungsi. Anda juga boleh melaporkan perihal si pemandu dan nombor lesen teksi mereka kepada pihak berkuasa negara berkenaan.

Jangan naik teksi pasaran gelap tanpa lesen.

Baik? Ada makna tu...







Usah mudah terpedaya dengan penjual yang akan mempelawa anda untuk minum secangkir teh atau kopi dan membantu menulis poskad atau surat kepada sahabat-handai mereka di rantauan.

Biasanya taktik ini adalah untuk menarik anda ke kedai dan kemudian memaksa anda membeli barangan mewah di kedai itu.

Taktik yang menggunakan psikologi anda akan rasa terhutang budi dek kebaikan si penjual menawarkan teh atau kopi selalunya ‘menjadi’.

Anda akan terasa terpaksa membeli barangan di situ kerana penjualnya baik hati dan ramah.

Pernah dilaporkan tentang seorang wanita di China yang membohongi pelancong bahawa dia ingin mempelajari bahasa Inggeris. Ramai pelancong lelaki yang terpedaya dan ingin membantunya.

Sebaliknya, dia akan mendesak si pelancong untuk membeli barangan mewah selepas mereka disajikan teh. Kalau mereka tidak membayarnya, dia akan menakut-nakutkan mereka dengan menghubungi polis.

Justeru, jangan percayakan kata-kata manis si penjual yang boleh menyatakan anda menetap di negara yang sama dengan saudara-mara mereka.

Pancing pelancong dengan gelang percuma dan daun rosemary







 

Dalam penipuan yang sering berlaku di Eropah, pelancong akan didekati seorang individu yang ramah dan ingin memakaikan gelang pada pergelangan tangannya atau topi pada kepalanya. Dia kemudian memberi pelancong daun rosemary.

Kemudian, si individu akan mendesak pelancong itu untuk membayarnya wang. Apabila dia enggan menyerahkan wang, mulalah individu itu bikin kecoh untuk memalukan si pelancong.

Justeru, jangan izinkan sesiapa memakaikan anda topi atau mengikat gelang pada tangan anda. Jika mereka mendesak, pulangkan barangan itu, bersikap tegas dan tinggalkan mereka.

Penipuan motosikal sewa







Anda menyewa motosikal dan menghabiskan masa anda menjelajah kota.

Apabila anda ingin memulangkannya, tiba-tiba pemilik kedai mendesak anda memberi wang tambahan atau mengenakan bayaran baiki motosikal yang mahal kerana terdapat kerosakan yang anda tidak ketahui.

Dalam kes tertentu, mereka meminta anda meninggalkan pasport anda bersama mereka.

Apabila mereka kononnya temui kerosakan tambahan pada motosikal itu, anda perlu mengeluarkan wang tambahan dan terdesak melakukannya untuk mendapatkan semula pasport anda yang ditahan.

Penipuan ini banyak berlaku di negara Asia Tenggara dan negara membangun lain di dunia.

Pastikan anda merakam foto motosikal anda terlebih dahulu untuk membuktikan tiada kerosakan tambahan. Gunakan mangga anda dan kembalikannya ke tempat yang selamat untuk mengelakkan si pemilik kedai mengerahkan orang-orangnya untuk merosakkan motosikal itu.

Pastikan anda membeli insurans kembara agar anda dapat pulangannya jika terdapat isu atau masalah yang timbul. Ia juga boleh berlaku pada kereta sewa.

Penipuan ATM







Apabila anda menggunakan mesin juruwang automatik (ATM), seorang warga tempatan akan mendekati anda untuk kononnya membantu bagi mengelakkan yuran ATM.

Sebenarnya, mereka menggunakan alat penyiring kad untuk mencuri maklumat kad kredit anda. Biasanya ada penipu kedua dalam sindiket ini yang berpura-pura menjadi pengguna yang bersetuju dengan panduan individu berkenaan.

Bagi mengelakkan perkara ini, gunakan mesin ATM di dalam cawangan bank dan bukannya di jalanan. Perhatikan jika ATM itu mempunyai alat yang mencurigakan yang terlekap padanya.

Akhir sekali, jangan izinkan sesiapa menghampiri anda apabila anda menggunakan mesin ATM. Jika ada yang bersikap mencurigakan di kawasan itu, ambil segera kad anda dan tinggalkan tempat itu.
 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >