Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Haunted Mansion’ lebih kupas kehilangan dari papar babak seram

Aug 16, 2023 | 05:30 AM



Treler filem seram Disney, Haunted Mansion, dengan segera ‘memancing’ anda untuk menonton filem ini sepenuhnya.


Bagaimanapun, selepas menyaksikannya, tidak banyak yang dapat dinyatakan tentang filem ini kecuali mengingati beberapa dialog lucu dan watak kelakar seperti Harriet yang boleh membaca minda orang lain dan meramal masa depan.

Babak seramnya tidaklah mengejutkan sangat seperti filem Talk To Me atau Insidious The Red Door yang membuat anda sekejap-sekejap terperanjat bagaikan terlontar dari tempat duduk.


Secara umum, filem ini mengisahkan tentang kehilangan yang dirasakan apabila seseorang yang tersayang meninggal dunia.

Kenangan tentangnya akan sentiasa membayangi hidup kita. Kita mahu mereka ada di sisi tetapi kerana ketiadaan mereka mengganggu rutin harian kita, maka timbullah kesedihan berpanjangan yang menyelinap di hati.

Ben Matthias adalah seorang ahli astrofizik yang dalam proses membangun sebuah kamera bagi mengesan bahan ganjil dalam udara.

Dia bertemu seorang pemandu pelancong ke tempat-tempat seram bernama Alyssa. Mereka jatuh cinta dan berumah tangga walaupun Ben sebenarnya tidak begitu mempercayai kewujudan kuasa ghaib atau hantu.

Selepas Alyssa meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta, Ben mengorbankan kerjaya asalnya dan meneruskan tugas isterinya sambil membawa pelancong ke tempat seram.

Beberapa tahun kemudian, seorang doktor yang kematian suami, Gabbie, berpindah bersama anaknya Travis dari New York ke sebuah rumah besar di Gracey Manor. Namun, mereka hanya di situ untuk sarapan dan tidur sebab mereka mula gerun dengan keadaan rumah besar yang berhantu.

Pada suatu hari, Ben dikunjungi seorang paderi, Father Kent, yang kononnya boleh menghalau hantu.

Dia mendapatkan khidmat Ben untuk merakam foto hantu di Gracey Manor. Ben awalnya menolak kemungkinan wujudnya hantu hinggalah dia sendiri dikacau hantu pegawai laut yang mendesaknya untuk pergi ke Gracey Manor.

Khidmat Harriet yang boleh berinteraksi dengan kuasa ghaib kemudian diperolehi. Dia dibantu pakar sejarah rumah berhantu, Profesor Bruce Davis.

Harriet berjaya menghubungi roh Gracey yang merupakan bekas pemilik rumah itu yang sudah meninggal dunia. Gracey meninggalkan pesanan bertulis bagi mereka berbual dengan tokoh alam ghaib legenda, Madame Leota.

Keadaan menjadi huru-hara apabila satu per satu mereka dipukul angin kencang yang membuatkan mereka terus terkeluar dari rumah puaka itu.

Terdapat banyak kisah sejarah pemilik rumah itu dan kisah bagaimana Leota terperangkap dalam bebola kristal.

Ben cuba menghubungi mendiang isterinya di rumah berhantu itu. Travis terkenangkan bapanya yang sudah tiada.

Pada akhirnya, Haunted Mansion lebih menyentuh jiwa tentang situasi mereka yang ingin teruskan kehidupan tanpa orang tersayang yang sudah pergi buat selama-lamanya.


Kalau anda mencari filem seram yang membuatkan anda ingin menutup wajah anda di pawagam, ini bukan filemnya.

Bagaimanapun, jika anda ingin tinjau watak lucu yang mencuit hati dengan dialog selamba khususnya interaksi antara mereka yang mempercayai kuasa ghaib dengan yang menafikan kehadirannya, Haunted Mansion mungkin dapat menjadi penawar barang seketika. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >