Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Helo! Jangan lempar barang atas pentas ya! Adele beri amaran

Jul 17, 2023 | 05:30 AM



Penyanyi Hello, Adele Laurie Blue Adkins, memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang ‘hobinya’ melontar barang ke pentas sedang penyanyi gigih berdendang.


“Jangan berani ya!” ujar Adele, 35 tahun, yang dirakam dalam sebuah video TikTok oleh salah seorang penonton yang mengesan rasa bingit bintang popular itu.

Beliau sedang membuat persembahan menyanyi sambil belajar dalam satu program khusus ‘Weekends With Adele’di The Colosseum, Caesars Palace.


Adele memberi amaran itu sambil memegang tembak mainan yang biasanya digunakan untuk melontar kemeja-T dari jarak jauh sebagai cenderahati buat peminat, sesuatu yang sering beliau lakukan sebagai tanda terima kasih.

Adele dikatakan memberi reaksi keras sebegitu kerana terkesan dengan banyaknya peristiwa mengejutkan di mana rakan penyanyi dilempar barangan secara mengejut ketika menghiburkan orang ramai.

Penyanyi Amerika, Bebe Rexha, 33 tahun, pernah dilempar telefon bimbit sehingga lebam mata kirinya. Lelaki yang melakukannya akan dibawa ke muka pengadilan pada 31 Julai ini.

Kelsea Ballerini, 29 tahun, penyanyi dendang rakyat Amerika pula terkena lontaran gelang oleh seorang penonton sehingga mencederakan matanya.

Sebelum ini, sekitar Jun, penyanyi Pink, 43 tahun, terkejut apabila seseorang membuang sekampit abu yang dikatakan hasil pembakaran mayat ibunya ke arah bintang tersebut.

“Ini abu ibu kamu? Saya tak tahu apa nak cakap. Wajarkah kamu buat begitu?” ujar Pink sambil mengangkat kampit itu dan mengalihkannya ke tempat lain sebelum menyambung nyanyian.

Persembahannya itu dibuat di tempat prolifik bagi acara konsert iaitu BST Hyde Park di London.

Penyanyi dan penggubah lagu, Charlie Puth, juga tidak mahu perkara itu berlarutan sehinggakan menulis di Twitter: “Trend ini harus berakhir. Ia tidak menghormati orang, biadab dan berbahaya.”

Mengapa penonton sedemikian sanggup mencederakan dan menyusahkan penyanyi?

Kata pensyarah Universiti Cardiff di Wales, Britain, Dr Lucy Bennett, yang mengkaji hubungan peminat dengan penyanyi kegemaran mereka dan dihubungi laman BBC:


“Sikap manusia mungkin berubah sejak pandemik Covid-19.

“Pada masa itu, kita tidak dapat hadir secara fizikal ke konsert. Orang yang melontar barangan tanpa sebab ini adalah mereka yang melakukannya untuk menarik perhatian sebab biasanya sukar nak tarik perhatian artis di media sosial.

“Jika anda berada dalam ruang fizikal yang sama dan anda melontar sesuatu, pastinya kehadiran anda itu dilihat ramai.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >