Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Abby Abadi: ‘Saya tinggalkan Elite dulu dengan kerelaan sendiri’

Jul 2, 2025 | 6:30 PM
Abby mengaku dengan rela hati meninggalkan kumpulan Elite pada 1997.
Abby mengaku dengan rela hati meninggalkan kumpulan Elite pada 1997. - Foto INSTAGRAM ABBY ABADI

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi, 48, mendedahkan tidak mengambil tahu mengenai Elite selepas membuat keputusan meninggalkan kumpulan itu pada 1997.

Ketika bersama Elite yang ditubuhkan pada 1996 di bawah label KRU, Abby terbabit dalam dua album iaitu Catwalk dan Tamparan sebelum mengundur diri serta diganti oleh Fiza sebagai ahli baru.

Ditanya mengenai sebab dia meninggalkan Elite ketika itu, Abby berkata, keputusan berkenaan dibuatnya dengan kerelaan diri sendiri bukan kerana merajuk dengan sesiapa atau utamakan tawaran berlakon.

“Saya tidak merajuk dengan sesiapa pun. Tapi tak tahulah apa yang dorong sampai saya buat keputusan undur diri daripada Elite. Cuma, ketika itu ia memang berlaku dengan kerelaan hati saya sendiri. Bukan juga sebab nak aktif berlakon.

“Saya mula berlakon drama Gerak Khas rasanya pada tahun 2000. Apapun, saya sebenarnya tidak ingat bila tahun yang saya keluar daripada Elite,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Abby atau nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan, beliau langsung tidak ingin ambil tahu mengenai perkembangan Elite selepas undur diri itu kerana berasa sudah tidak perlu.

“Bagaimanapun, hubungan saya bersama rakan-rakan Elite tetap baik sampailah sekarang. Malah, saya selalu bersama dengan Azza dan saling membantu perniagaannya.

“Persahabatan kami semua kekal utuh. Alhamdulillah juga sekarang saya kembali bersama Elite serta dapat peluang menjayakan konsert pertama kami, Konsert Elite Live ‘25 selepas hampir 30 tahun ditubuhkan,” ujarnya.

Konsert Elite Live ‘25 akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 20 September depan.

Selain Abby dan Azza, tiga lagi anggota asal Elite ialah Shasha Saidin, Watie Sadali dan Linda Rafar.

Abby bersama Elite pernah merakamkan lagu baharu berjudul Alhamdulillah pada 2021, tetapi kurang dipromosikan kerana ketika itu masih penularan Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg