KUALA LUMPUR: Mengibaratkan rumah tangga sebagai sebuah masjid yang perlu dipelihara dengan penuh tanggungjawab, pelakon berkaliber, Datuk Adi Putra, menegaskan institusi perkahwinan tidak wajar dipandang ringan.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 45 tahun, berkata walaupun tanggungjawab membina dan mempertahankan rumah tangga kelihatan mudah, hakikatnya ia menuntut komitmen tinggi serta kesungguhan daripada kedua-dua pihak.