Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Akim Ahmad sudah setahun berhenti rokok

May 16, 2025 | 11:30 PM
Penyanyi dan pencipta lagu Malaysia, Akim Ahmad tekad berhenti rokok demi kesihatan dan kini lebih bertenaga di atas pentas.
Penyanyi dan pencipta lagu Malaysia, Akim Ahmad tekad berhenti rokok demi kesihatan dan kini lebih bertenaga di atas pentas. - Foto NSTP/HARIAN METRO

Penyanyi dan pencipta lagu Malaysia, Akim Ahmad, 34 tahun, bersyukur dengan perkembangan positif dalam dirinya selepas membuat keputusan berhenti merokok pada 2024.

Akim yang mula merokok sejak tamat sekolah berkata, perubahan itu bukan saja membawa impak kepada kesihatan fizikalnya, malah turut menyuntik semangat baru dalam karier seninya.

“Saya gembira melihat perkembangan diri saya selepas tidak lagi merokok dan saya lihat kesihatan bapa saya juga bertambah baik selepas dia berhenti merokok.

“Dalam masa sama, ia membantu karier saya sebagai penyanyi. Bila saya berhenti merokok, saya ada tenaga untuk bertahan lebih lama ketika beraksi di pentas,” katanya yang juga alumi program realiti Akademi Fantasia.

Suami kepada penyanyi Stacy Anam itu berdepan cabaran untuk menghentikan terus tabiat merokok. Namun, beliau berjaya mengatasinya dengan cara tertentu seperti mendekat diri pada Yang Maha Esa, lapor Harian Metro.

“Saya tak nafikan pada mulanya memang susah untuk berhenti merokok ini. Saya selalu tanya pada diri sendiri, perlukah saya berhenti terus atau bagaimana.

“Alhamdulillah ayah saya selalu berpesan kalau rasa tak tahan untuk tidak merokok, dia suruh saya banyakkan berzikir.

“Saya selalu beristighfar dan itu sebagai salah satu cara terapi untuk saya bermeditasi, fokus kepada perkara lebih baik,” katanya yang dikenali dengan lagu Mewangi dan Rampas bersama kumpulan Akim & The Majistret.

Akim turut mendedahkan punca utamanya berhenti merokok adalah berita bapanya disahkan menghidap kanser paru-paru. Beliau serta adik-beradik lelaki yang lain terus tinggalkan tabiat itu.

Dalam perkembangan lain, Konsert Akim & The Majistret dijadualkan berlangsung pada 28 Jun di Mega Star Arena Kuala Lumpur, Malaysia.

Dalam konsert anjuran Showtag Asia itu, mereka akan membawakan lebih 20 lagu. Ia bukan sekadar konsert sebaliknya sebagai manifesto muzik rok Malaysia.

Tiket boleh didapati secara dalam talian di www.ticket2u.com.my .

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg