Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Feminin serahkan pada pengurus Abang Edd bagi persembahan masa hadapan

May 16, 2025 | 5:04 PM
Anggota kumpulan Feminin (dari kiri) Along, Watie dan As semasa membuat persebahan di Axiata Arena bagi hari keempat Konsert GenKRU.
Anggota kumpulan Feminin (dari kiri) Along, Watie dan As semasa membuat persebahan di Axiata Arena bagi hari keempat Konsert GenKRU. - Foto HARIAN METRO

Kemunculan kumpulan rap wanita popular era 90-an, Feminin di Konsert GenKRU baru-baru ini, tidak menyangka menjadi sebutan netizen dan penonton.

Malah, ramai yang meminta Feminin mengadakan persembahan atau konsert selepas ini.

Anggotanya, Asfarina Muhamad atau As, 50 tahun, berkata setakat ini mereka belum terfikir apa-apa lagi mengenai persembahan seterusnya.

“Tak tahu lagi. Insya-Allah. Benda-benda macam itu tak tidak pasti. Lepas habis hari itu, saya pun tak ada terfikir apa-apa lagi,” katanya.

Dalam Konsert GenKRU hari keempat itu, Feminin yang tampil dengan tiga anggota iaitu As, Along dan Watie menyanyikan lagu popular mereka, Untukmu. Namun, dua lagi anggota asalnya, Yatie dan Deq Nor tidak bersama mereka pada malam itu.

As berkata, pembabitan mereka sebenarnya adalah pada saat-saat akhir selepas beliau mendapatkan persetujuan daripada pengasas dan bekas pengurus Feminin, Edd Razhe dan suaminya, Azman Adnan yang juga bekas bintang bola sepak kebangsaan.

“Sebenarnya memang mereka dah lama nak tapi saya tak berani nak cakap apa-apa. Maklumlah apa-apa keputusan perlu tanya Abang Edd.

“Lepas itu perlu tanya suami. Bila mereka kata okey, baru saya boleh beraksi. Kalau mereka kata tak okey, tidaklah jawabnya. Kena dapatkan restu juga.

“Bagi saya apa-apapun benda itu perlu. Saya macam manapun sampai sekarang ingat jasa Abang Edd yang menjaga kami dari usia belasan tahun lagi,” katanya kepada Harian Metro.

As berkata, beliau tidak akan sesekali membelakangkan Edd walaupun hanya membabitkan perkara kecil.

“Tak boleh sebab tak biasa buat begitu. Mesti tanya dia juga sebab dia yang bertanggungjawab cungkil bakat kami. Kalau membelakangkan dia, rasa tak sedap hati.

As berkata, jika ada yang menawarkan persembahan untuk Feminin selepas ini, beliau juga akan menyerahkan kepada Edd dan suaminya untuk memberi kata putus.

“Kalau mereka kata okey lagi, okeylah. Kalau mereka kata tak payahlah, hari itu saja cukup, maka cukuplah. Macam itu saja senang, sebab saya pun tak nak pening-pening kepala.

“Kalau kedua-dua mereka setuju saya kena tanya anggota lain juga,” katanya.

As berkata, beliau tidak menafikan memang seronok apabila Feminin kembali jadi sebutan sekali gus mengembalikan nostalgia lama.

Beliau turut gembira mengenangkan peminat yang ada serta dapat berjumpa semula kawan-kawan lama dalam industri seni.

“Itu sebenarnya yang buat seronok. Mengenangkan balik lagu yang dah lama kita tidak nyanyikan selepas 28 tahun. Ia mengembalikan memori sebenarnya.

“Itu yang buat kita rasa macam dihargai. Lebih kurang macam itulah perasaan kami,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg