Sewaktu kecil, pensyarah bahasa Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Zulfati Izazi Zulkifli, pernah menyimpan hasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya, yang juga pelakon veteran Malaysia, Zulkifli Ismail, dalam dunia lakonan.

Membesar dalam persekitaran seni dan pernah merasai sendiri pengalaman berlakon, beliau membayangkan kemungkinan membina kerjaya dalam bidang sama apabila dewasa.