Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apple kenalkan aplikasi khusus permainan video

May 28, 2025 | 7:06 PM
Apple akan pasang lebih dahulu aplikasi pelancar judul permainan pada iPhone, iPad, Mac dan kotak atas set Apple TV.
Apple akan pasang lebih dahulu aplikasi pelancar judul permainan pada iPhone, iPad, Mac dan kotak atas set Apple TV. - Foto ST

SAN FRANCISCO: Apple sedang merancang aplikasi khusus untuk permainan video pada perantinya, dengan usaha menjual aplikasi ini kepada golongan pemain dan pembangun dengan berbekalkan idea bahawa ia adalah peneraju dalam pasaran.

Syarikat tersebut akan memasang terlebih dahulu aplikasi tersebut di iPhone, iPad, Mac dan kotak atas set Apple TV pada lewat 2025, menurut golongan yang mempunyai pengetahuan tentang perkembangan teknologi Apple.

Aplikasi itu akan berfungsi sebagai pelancar bagi judul permainan yang sedia dan memusatkan perhatian pada pencapaian permainan berkenaan, papan pendahulu, komunikasi dan kegiatan lain, kata golongan mesra teknologi itu.

Langkah itu bertujuan meningkatkan pengalaman pada alat-alat peranti Apple, pada masa pemain mempunyai banyak alternatif, termasuk khidmat teknologi awan dan konsol.

Nintendo, dalam pada itu, sedang bersedia untuk melancarkan peranti Switch 2 yang dinanti-nantikan hanya beberapa hari sebelum Persidangan Pembangun Seluruh Dunia Apple diadakan pada 9 Jun, di mana aplikasi baru itu akan diperkenalkan.

Aplikasi baru itu akan menampilkan kandungan editorial daripada Apple tentang tajuk-tajuk baru, menawarkan akses kepada bahagian permainan App Store dan mempromosikan Arcade, tawaran langganan syarikat AS$6.99 ($9) sebulan.

Ia akan menggantikan Game Centre, satu rangkaian sosial sedia ada yang khusus untuk kategori permainan ini yang dimulakan pada 2010 tetapi tidak pernah mendapat momentum yang serius.

Apple juga sedang merancang versi Mac bagi aplikasi itu yang boleh menukik permainan yang dimuat turun di luar wadah App Store. 

Jurucakap Apple enggan mengulas mengenai perkembangan ini.

Bagaimanapun, laman 9to5Mac melaporkan pada 2024 bahawa pihaknya sedang mengusahakan aplikasi permainan baru untuk proses kemas kini perisian masa hadapan.

Sebagai sebahagian usaha memacu permainannya, Apple telah memperolehi RAC7 Games, sebuah studio yang digerakkan dua orang dan merupakan peneraju di sebalik judul terkenal, Sneaky Sasquatch.

Mengikut perkongsian pasaran, iPhone kekal sebagai salah satu alat peranti yang paling banyak digunakan di dunia bagi permainan – kategori asas App Store sejak 2008.

Dalam beberapa tahun ini, pembangun telah menambah permainan mewah seperti Resident Evil, Death Stranding dan Assassin’s Creed.

Kira-kira dua pertiga daripada keuntungan App Store Apple kini datang daripada permainan dan pembelian dalam aplikasi.

Ia termasuk pembelian token, tahap dan peningkatan lain yang dibeli dalam lingkungan tajuk itu sendiri. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg