Bagai masih berharap, bekas suami pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri secara terbuka mendedikasikan sebuah lagu bertajuk, ‘Dipaksa Berpisah’, kepada bekas isterinya itu.
Dalam mendoakan kebahagian Nora, Nedim atau lebih mesra disapa Boss Ned sempat menyelitkan harapan agar dapat kembali bersama dengan bekas isterinya itu.
“Lagu ini hanya untukmu sayang, Nora Danish,” kata Nedim.
“Saya doakan awak bahagia, kalau dengan saya alhamdulillah,” katanya lagi.
Nedim meluahkan isi hatinya itu menerusi hantaran di InstaStory dengan memaparkan poster lagu tersebut pada 14 Ogos.
Dipaksa Berpisah merupakan single terkini penyanyi asal Indonesia iaitu Yan Josua.
Nedim bagaimanapun berkata beliau tetap reda dengan takdir andai jodohnya dan Nora tidak panjang
Menurutnya, beliau tetap akan mencintai bekas isternya walau apa jua keadaan.
“Tetapi kalau bukan dengan saya sekalipun, awak masih cinta hati dalam hidup saya,” ujarnya.
Nedim dan Nora sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, enam tahun.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg