Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bella Astillah enggan ulas situasi ‘kekok’ di Anugerah Melodi Terhangat 2025

Aug 4, 2025 | 1:54 PM
bella astillah, selebriti feminin terhangat, Sophia Albarakbah
Selebriti Bella Astillah (kanan) memberi reaksi yang menimbulkan tanda tanya di fikiran netizen apabila mengumumkan pemenang bagi kategori, Selebriti Feminin Terhangat iaitu Sophia Albarakbah (kiri), di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025, pada 3 Ogos. - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE TV3 MALAYSIA OFFICIAL

“Yang ini, saya kenal… Kenal sangat. Sophia!”

Begitulah reaksi ‘kekok’ selebriti Malaysia, Bella Astillah, 31 tahun, ketika mengumumkan pemenang bagi kategori, Selebriti Feminin Terhangat, iaitu Sophia Albarakbah, 32 tahun, pada Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025.

Acara penganugerahan yang penuh gilang gemilang itu disiarkan secara langsung di siaran TV3, dari Dewan Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia, pada 3 Ogos.

Sebaik sahaja namanya diumumkan, Sophia naik ke pentas untuk menyambut piala dan jambangan bunga daripada penyanyi lagu, Tapi Bukan Denganmu, itu. 

Turut mengiringi Bella apabila mengumumkan kejayaan Sophia adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Terdahulu, pada 2023, bekas suami Bella, Aliff Aziz didakwa menjalin hubungan dengan Sophia, sejak mereka terbabit dalam penggambaran drama berjudul, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Bagaimanapun, ketika ditemui pihak media di bilik sidang akhbar, Sophia mendakwa beliau menghadapi keadaan itu dengan tenang.

“Saya okey sahaja. Kita semua dalam satu industri, macam mana pun akan jumpa antara satu sama lain. 

“Untuk saya, ketika itu, saya fikir saya menang sahaja. Sedang proses. Jadi, saya tidak fokus pada keadaan.

“Saya tak rasa kena sindir. Memang beliau (Bella) kenal, cuma cara beliau sampaikan,” kata Sophia dalam laman web Berita Harian Malaysia (BHM). 

Sementara itu, Bella membuat keputusan tidak masuk ke bilik temu bual yang disediakan sehingga memaksa wakil media keluar mengejarnya yang sedang berjalan pulang bersama Syed Saddiq.

Mereka sepatutnya tampil untuk ditemu bual selepas memenangi kategori, Selebriti Couple Goals Terhangat, bersama Ahli Parlimen Muar itu.

Bella yang ditemui di luar dewan, enggan mengulas lebih lanjut mengenai keadaan terbabit.

Sebaliknya, Syed Saddiq memohon ruang diberi kepada Bella.

“Bagi dia ‘space’ (ruang),” kata Syed Saddiq.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg