Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syed Saddiq jadi ‘Superman’ pada majlis hari jadi anak Bella Astillah

Jul 14, 2025 | 5:27 PM
Syed Saddiq tampil ‘sporting’ dengan kostum Superman pada majlis hari jadi anak-anak Bella. 
Syed Saddiq tampil ‘sporting’ dengan kostum Superman pada majlis hari jadi anak-anak Bella.  - Foto TikTok Budak.Tadika

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang digelar ‘Clark Kent Malaysia’ gara-gara penampilan persis pendukung watak Superman, tampil dengan idea kreatif menyarung kostum superhero itu pada majlis hari jadi anak-anak Bella Astillah.

Pada majlis sambutan hari lahir Ayden Adrean Aliff, lapan tahun dan adiknya, Ara Adreanna Aliff, lima tahun, Syed Saddiq hadir dengan memakai kostum superhero diberi jolokan ‘Man of Steel’ itu.

Penampilan Syed Saddiq mendapat tepukan dan pujian daripada keluarga Bella serta tetamu lain pada majlis bertemakan watak-watak animasi.

Bella tampil sebagai Moana daripada filem animasi Disney, manakala Ayden berpakaian sebagai Iron Man dan Ara sebagai Lilo dari Lilo & Stitch.

Ramai netizen memuji kostum Syed Saddiq sebagai yang paling menarik. Malah, netizen menyatakan Syed Saddiq adalah ‘salinan seiras’ atau alter ego Superman, Clark Kent, seperti yang digambarkan dalam kartun, filem dan komik.

“Wow! YB Syed memang Clark Kent atau Superman versi Malaysia. Apabila dia bekerja, berpakaian sut lengkap dan berkaca mata, memang jelas seiras dengan Man of Steel,” komen salah seorang netizen. - NST Online

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg