Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Deepika Padukone diiktiraf Hollywood Walk of Fame

Jul 7, 2025 | 4:42 PM
Pelakon Deepika Padukone muncul pelakon wanita India pertama mendapat penghormatan berprestij bintang di Hollywood Walk of Fame.
Pelakon Deepika Padukone muncul pelakon wanita India pertama mendapat penghormatan berprestij bintang di Hollywood Walk of Fame. - Foto INSTAGRAM/DEEPIKA PADUKONE

LOS ANGELES: Jelitawan Bollywood, Deepika Padukone, 39 tahun, muncul pelakon wanita India pertama mendapat penghormatan berprestij bintang di Hollywood Walk of Fame bagi 2026.

Lebih membanggakan, Deepika tersenarai bersama barisan bintang antarabangsa lain termasuk Emily Blunt, Timothee Chalamet, Rachel McAdams, Rami Malek dan cef selebriti terkenal, Gordon Ramsay.

Portal Hindustan Times melaporkan, pengumuman rasmi dibuat melalui siaran langsung Hollywood Chamber of Commerce, yang menamakan Deepika sebagai penerima dalam kategori Motion Pictures atau filem.

Senarai penerima 2026 merangkumi 35 individu, dalam lima kategori utama iaitu filem, televisyen (TV), muzik, teater dan hiburan sukan, lapor agensi.

Deepika memulakan penampilan sulung di Hollywood pada 2017 melalui filem aksi XXX: Return of Xander Cage, berganding bersama bintang terkenal, Vin Diesel.

Terkini, Deepika membintangi filem epik sains fiksyen Kalki 2898 AD bersama pelakon tersohor India, Prabhas dan Amitabh Bachchan. Deepika dijangka kembali dalam kesinambungan filem terbabit tidak lama lagi.

Deepika juga dilapor bakal membintangi filem pan-India terbitan pengarah Atlee yang masih menggunakan judul sementara AA22xA6, berganding dengan bintang popular dari Selatan India, Allu Arjun.

Pengiktirafan Hollywood Walk of Fame mengukuhkan lagi kedudukan Deepika sebagai ikon global yang bukan sahaja berjaya dalam industri perfileman India, malah terus melakar nama pada peringkat antarabangsa. - AGENSI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg