Setelah sekian lama menggantung mikrofon, bakat muda, Nada Fitri, tidak menyangka video yang dimuat naik secara spontan di akaun TikTok bakal menjadi titik tolak untuknya kembali mengejar impian yang lama terpendam.

Menerusi video ringkas yang mana beliau mendendangkan lagu terkenal, Die On This Hill, nyanyian asal Siena Spiro, Nada, 25 tahun, berjaya mencuri perhatian apabila rakaman tersebut meraih sekitar 15,500 tontonan dan 1,491 tanda suka, sehingga akhbar ini diterbitkan.