Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fendy Bakry enggan terikat watak romantik

Apr 11, 2025 | 1:31 PM
Selera penonton kini sudah berubah dan mahukan karya lebih menonjol dan lebih dekat dalam kehidupan seharian. Maka itu, pelakon Malaysia, Fendy Bakry, genar watak antagonis.
Selera penonton kini sudah berubah dan mahukan karya lebih menonjol dan lebih dekat dalam kehidupan seharian. Maka itu, pelakon Malaysia, Fendy Bakry, genar watak antagonis. - Foto INSTAGRAM FENDY BAKRY

Selepas lebih sedekad membawa diri dalam arena seni, pelakon Malaysia, Fendy Bakry, enggan terus terikat dengan watak atau naskhah romantik seperti awal pembabitannya dalam dunia lakonan.

Bekas peserta program pencarian bakat, Hero Remaja, edisi 2011/2012 itu berkata, beliau cenderung membawa watak lebih mencabar sebagai pelakon yang mampu memberi kesan kepada penonton.

Fendy atau nama sebenar, Mohd Affandi Nor Bakri, 37 tahun, yang mula meraih populariti menerusi drama adaptasi novel arahan Riza Baharudin, Mr Grey (2017), turut mengakui lebih gemar menghidupkan watak antagonis ketika ini.

“Kalau boleh, saya nak elakkan drama romantik sebab mungkin ada yang cakap kalau Fendy, mesti watak romantik. 

“Macam dulu pun, saya bermula dengan drama, Mr Grey.

“Kalau orang jumpa, orang tak sebut atau tak kenal nama Fendy. Orang lebih mengenali saya dengan ‘Mr Grey’. 

“Jadi, saya nak lari daripada watak seperti ini. Disebabkan itu, saya banyak jayakan watak antagonis sebab sukakannya,” lapornya dalam laman web, Berita Harian Malaysia (BHM).

Ditemui semasa majlis doa selamat Panggung RTM Cereka Khas, Srikandi di Auditorium P Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur, Fendy berkata, beliau menjadi lebih memilih bagi naskhah yang ingin dijayakan.

“Ini langkah diambil untuk lari daripada watak romantik,” kata anak kelahiran Beseri, Perlis itu yang turut terbuka menjayakan watak pembantu selagi ia mempunyai kekuatan tersendiri.

“Saya perlu lihat kepada jadual sebab sekarang banyak fokus kepada bisnes. Saya tak mahu kesibukan saya menyusahkan pihak penerbitan. 

“Penonton sekarang sudah pandai menilai. Kita boleh sajikan dengan cerita romantik, cuma tak boleh nak terlalu klise.

“Mungkin akan ada plot-plot yang kita sendiri tak tahu,” kata Fendy.

Fendy percaya selera penonton masa kini sudah berubah dan mahukan karya lebih menonjol dan lebih dekat dalam kehidupan seharian.

“Saya ada tonton beberapa drama, contoh seperti Bidaah, yang dapat rating tinggi, tapi bukan kisah romantik. Jadi, peminat sekarang memang terlalu dahagakan cerita berbeza.

“Saya pun lebih suka tengok cerita yang dekat dengan jiwa atau pernah terjadi dalam hidup. 

“Takkan asyik nak cerita romantik sahaja? Macam mana nak cabar diri sendiri? Caranya, ambil watak berbeza daripada kebiasaan,” katanya.

Sementara itu, Fendy bakal terbabit dalam penggambaran ‘supertele’ atau drama wira epik terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV RTM) berjudul, Srikandi.

Drama sentuhan pengarah, Wan Mohd Afzam Wan Daud, itu turut menampilkan pelakon lain seperti Farali Khan, Amalina Arham, Fauziah Latiff, Datuk Fauziah Nawi, Catriona Ross dan Che Kem.

Naskhah adaptasi puisi Siti Zubaidah itu, menceritakan nekad wanita tabah dalam usaha menyelamatkan suaminya, Sultan Zainal Abidin, daripada penculikan lanun meskipun sarat mengandung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg