Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hafiz Suip dilanda masalah batu karang dalam ginjal

May 17, 2025 | 8:07 AM
Hafiz Suip, batu karang, ginjal, buah pinggang
Hafiz Suip reda dengan ujian penyakit batu karang dalam buah pinggang, yang dialami. Foto dirakam pada 10 Mei, ketika Hafiz menjayakan konsert ‘By Ajai & Mega Friends’ di The Star Theatre, di Singapura. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak, Hafiz Suip, berdepan dengan masalah kesihatan apabila disahkan mempunyai batu karang dalam buah pinggang.

Perkara itu dimaklumkan Hafiz, atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 35 tahun, melalui hantaran di Instagram (IG), pada 16 Mei.

Yakin setiap yang berlaku ada penyebabnya, Hafiz reda dengan takdir yang ditentukan buatnya.

“Alhamdulillah, dapat tahu ada batu karang dalam buah pinggang. Sakit atau sihat milik Allah,” luahnya.

Hantaran itu disertai video yang memaparkan Hafiz sedang menjalani prosedur perubatan termasuk menerima suntikan.

Hafiz yang popular dengan lagu Ku Akui itu, bagaimanapun, tidak berkongsi butiran terperinci mengenai penyakitnya itu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan Hafiz cepat sembuh dan tabah menghadapi ujin kecil itu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg