Haqiem Rusli perlu lagu hit, akur berdepan dakwaan ‘sendu’

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Haqiem Rusli perlu lagu hit, akur berdepan dakwaan ‘sendu’

Feb 9, 2026 | 5:30 AM

Haqiem Rusli perlu lagu hit, akur berdepan dakwaan ‘sendu’

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
haqiem rusli
Penyanyi Malaysia, Haqiem Rusli, menyifatkan fasa ‘pasang surut’ adalah perkara biasa yang perlu dilalui dalam kerjaya seni. - Foto INSTAGRAM HAQIEM RUSLI 98

Penyanyi Malaysia, Haqiem Rusli, 28 tahun, menganggap fasa ‘pasang surut’ adalah lumrah dalam liku-liku kerjaya seninya.

Menurut Haqiem, atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, setiap artis perlu memiliki lagu popular untuk kekal relevan dalam industri seni tempatan.

“Contohnya, Biduanita Negara Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa mencipta lagu hit saban tahun.

“Inilah mercu tanda yang menjadi panduan buat penyanyi muda seperti saya untuk menjejak langkah yang sama.

“Namun, pencarian lagu hit itu masih samar buat saya,” katanya dalam laman web Harian Metro.

Beliau berkongsi pandangan itu ketika ditemui di majlis perasmian kafe miliknya, O2 Cafe, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Haqiem mengakui tidak mampu meramal setiap hasil karyanya akan meledak popular dan tular seperti yang diimpikan peminat setianya.

“Memang saya menghasilkan lagu, tetapi saya tidak boleh menjanjikan ia akan mencapai puluhan juta tontonan.

“Jika lagu itu ditakdirkan hit, maka jadilah.

“Dalam lima lagu yang dilancarkan, mungkin hanya satu yang bersinar, manakala yang lain ‘malap’ (kurang berjaya).

“Inilah medan perjuangan yang harus dilalui sebagai seorang pemuzik,” tambahnya.

Mengenai tohmahan segelintir pihak yang menganggap dirinya sudah ‘sendu’ atau kurang aktif dalam arena hiburan, Haqiem berlapang dada dan memilih untuk tidak cepat melatah.

“Saya sedar ada dakwaan seperti itu.

“Ada juga yang berbisik... ‘Haqiem Rusli masih wujudkah dalam industri seni?’

“Sebagai contoh, sebelum kemunculan lagu, ‘Sangkar Derita’, kira-kira dua tahun lalu (2024), ada yang berkata, ‘Haqiem Rusli tiada lagu hit? Sudah ‘sendu’?’

“Tetapi, apabila saya kembali dengan lagu hit, ‘Sangkar Derita’, barulah mereka mengakui kehadiran saya dalam industri seni,” katanya mengakhiri bicara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg