Sedekad lalu, penyanyi dangdut tempatan, Henny Hanip, terpaksa menahan rindu terhadap anak yang ditinggalkan di Singapura demi mengejar impian di pentas pertandingan, D’Academy Asia (musim pertama) di Indonesia, pada 2015.

Sebagai wakil pertama Singapura dalam pertandingan nyanyian dangdut serantau itu, Henny, 46 tahun, berjaya menempatkan diri dalam 10 peserta terbaik.