Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hubungan pelawak Shuk Sahar dengan isteri kembali pulih

Aug 27, 2024 | 4:48 PM
Pelawak, Shuk Sahar, dan isterinya Fara Salleh semasa di Madinah ketika menunaikan umrah baru-baru ini.
Pelawak, Shuk Sahar, dan isterinya Fara Salleh semasa di Madinah ketika menunaikan umrah baru-baru ini. - Foto INSTAGRAM FARA SALLEH

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar, iaitu Fara Salleh, menegur segelintir warga siber yang berasa kurang senang melihat beliau memilih berbaik semula dengan suami tercinta.

Menurut Fara, andai tindakannya untuk menyelamatkan rumah tangga tidak disenangi, beliau meminta warga siber supaya tidak lagi mengikutnya di media sosial.

“Di Instagram ada butang ‘unfollow’ (tak ikut) dan ‘block’ (sekat).

“Bagi sesiapa yang tidak suka saya atau tak suka melihat saya kembali kepada suami dan memperbaiki hubungan kami, sila jauhkan diri daripada Instagram saya.

“Jangan komen yang bukan-bukan di sini. Assalamualaikum,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya pada 25 Ogos, lapor mStar.

Kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi bualan hangat selepas Fara menerusi aplikasi Threads menulis luahan hatinya dengan berkata beliau sudah cuba mencari jalan penyelesaian konflik mereka namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak berbincang.

Bagaimanapun Fara dan Shuk memilih jalan damai apabila kedua-duanya dilihat terbang ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah bersama.

Terdahulu, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.

Shuk yang dikenali menerusi pertandingan, Raja Lawak, sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, lapan tahun, dan Nur Assyifatu Aimi, lima tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg