Lima dekad berkarya bukan tempoh yang singkat, namun maestro jaz Singapura, Jeremy Monteiro, membuktikan usia bukan penghalang untuk terus meneroka dan memukau penonton dengan kehebatan muziknya.

Pada usia 66 tahun, jari-jemarinya masih lincah menari-nari di atas papan piano, menghasilkan rangkaian melodi dan harmoni rumit yang menjadi nadi konsert Jeremy Monteiro: 50 Years of Jazz (Jeremy Monteiro: 50 Tahun Dalam Dunia Jaz) di Dewan Konsert, Esplanade pada 14 November lalu.