Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes serangan: Shila pertimbang upah ‘bodyguard’ jika ada ‘show’ dengan ‘rocker legenda’

Jul 14, 2025 | 5:21 PM
Penyanyi Shila Amzah.
Penyanyi Shila Amzah. - Foto fail

SHAH ALAM: Penyanyi Shila Amzah, 35 tahun, mengakui trauma selepas berdepan insiden ‘diserang’ penyanyi legenda sehingga mengambil keputusan membuat laporan polis.

Atas apa yang berlaku, Shila menegaskan dia tidak bercadang untuk menarik semula laporan polis yang dibuat kerana memikirkan faktor keselamatan diri.

“Sejujurnya, saya berada di tempat yang agak sukar. Bukanlah mahu kata saya ini ada ego tinggi dan tak mahu untuk berdamai, itu tidak. Cuma, saya mahu tengok ada perubahan (terhadap individu terbabit).

“Seandainya akan ada perubahan daripada segi sikap sebab perkara ini tak sepatutnya terjadi dalam industri kita. Maksudnya konflik antara ‘superior’ dan ‘junior’ tidak perlu terjadi.

“Apa saya boleh katakan untuk kes ini, saya lakukan perkara betul untuk diri sendiri dan mungkin kepada ramai yang pernah mengalami nasib sama,” katanya ditemui BH Online selepas siaran langsung minggu keempat program The Raise Star di Royal Theatre di sini, pada 13 Julai.

Shila turut menjelaskan masih belum ada pertemuan dan perbincangan bersama penyanyi terbabit selepas insiden itu.

Shila berkata, dia tiada masalah untuk berada dalam acara yang sama dengan individu terbabit selepas ini, namun, akan meningkatkan tahap keselamatan diri.

Saya mungkin akan ambil pengawal peribadi selepas ini kalau masih ada ‘job’ dengan dia. Klien berhak pilih dan saya takkan letakkan syarat untuk tiada dia dalam acara itu.

“Industri ini kecil, jadi kita sendiri pandai-pandai jaga diri dan jaga keselamatan masing-masing. Saya juga akan bersikap profesional.

“Saya tak pernah ada masalah dengan mana-mana pihak. Sepanjang 25 tahun saya dalam industri seni, tak pernah sama sekali ada perkara macam ini terjadi kepada saya,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg