Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shila Amzah cipta ‘Pernah Punya Aku’ ketika berpantang

Jul 9, 2025 | 12:16 PM
Penyanyi Shila Amzah kembali dengan single terbaru berjudul ‘Pernah Punya Aku’.
Penyanyi Shila Amzah kembali dengan single terbaru berjudul ‘Pernah Punya Aku’. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah kembali dengan single terbaru berjudul ‘Pernah Punya Aku’, hasil gubahan sendiri selepas berehat panjang daripada berkarya.

Shila berkata, single terbarunya itu menandakan fasa kematangannya selepas 25 tahun bergelar anak seni apabila dihasilkan dengan penuh emosi dan kejujuran peribadi.

Mengimbau proses penulisannya, Shila atau nama sebenar, Nurshahila Amir Hamzah, 35 tahun, menjelaskan lagu berkenaan tercipta dalam masa dua hari ketika masih dalam tempoh berpantang.

“Ketika itu, emosi saya tidak stabil. Suami (Ubai) menyarankan agar saya cuba luahkan apa yang dirasai melalui lagu dan dari situlah lahirnya ‘Pernah Punya Aku’.

“Lagu ini bukan sekadar luahan, tetapi proses penyembuhan buat diri saya,” katanya.

Shila memberitahu lagu ‘Pernah Punya Aku’ dirakamkan dalam suasana yang sangat positif dan cekap.

Shila berkata penghasilan single baru itu dibantu penerbit dan penggubah muzik, Genervie Kam.

Genervie yang juga pengarah muzik wanita cukup disegani di Malaysia memberi sokongan penuh kepada Shila sepanjang proses rakaman yang hanya mengambil masa kira-kira 40 minit untuk disiapkan, lapor BH Online.

Menurut Shila, meskipun lagu ini menyentuh tema kekecewaan dan kesedihan dalam hubungan, dia menyuntik unsur harapan dan kekuatan agar mampu menjadi ruang pemulihan buat pendengar.

“Walaupun lagu ini sedih, saya mahu pendengar tahu bahawa di balik setiap kepedihan ada jalan keluar.

“Lagu ini adalah refleksi perasaan ramai wanita yang pernah ditinggalkan atau dikhianati. Tetapi, pada masa sama, saya selitkan kata-kata semangat supaya mereka tahu mereka tidak bersendirian.

“Lagu ini saya tujukan kepada seorang wanita yang dicurangi dan ditinggalkan. Saya mahu ibu saya mendengarnya dahulu kerana dia lebih dekat dengan sudut pandang itu,” katanya.

‘Pernah Punya Aku’ adalah single pertama daripada album terbaru Shila yang akan dilancarkan akhir 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg