Topic followed successfully
Go to BHkuLagu Michael Jackson ungguli carta muzik UK
Lagu Michael Jackson ungguli carta muzik UK
Menguasai 60% kedudukan dalam kelompok 10 teratas carta rasmi hip hop dan single R&B
May 12, 2026 | 6:12 PM
Lagu Michael Jackson ungguli carta muzik UK
Pengaruh legenda digelar Raja Pop itu masih utuh, biarpun mendiang Michael Jackson sudah lebih sedekad meninggal dunia. - Foto INSTAGRAM MICHAEL JACKSON
LOS ANGELES: Penangan filem biopik ‘box office’, Michael yang sehingga kini merekod kutipan RM2.5 bilion ($809.3 juta) di seluruh dunia, mendiang Michael Jackson dilaporkan menguasai 60 peratus kedudukan dalam kelompok 10 teratas carta rasmi hip hop dan single R&B di United Kingdom (UK) minggu ini.
Perkembangan menakjubkan ini membuktikan pengaruh legenda digelar Raja Pop itu masih utuh, biarpun mendiang Jackson sudah lebih sedekad meninggal dunia.
Laporan berkaitan
Quincy Jones dikenang kerana lagu ‘We Are The World’Nov 5, 2024 | 7:48 PM
Grammy rai hari lahir legenda Diana RossJul 24, 2024 | 9:43 AM
