Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Marsha Milan belum bersedia jalani rawatan IVF

Apr 17, 2025 | 7:32 PM
Penyanyi Malaysia, Marsha Milan, menolak tawaran beberapa hospital yang mahu membantunya menjalani kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF) kerana ingin mempersiapkan kesihatan mentalnya.
Penyanyi Malaysia, Marsha Milan, menolak tawaran beberapa hospital yang mahu membantunya menjalani kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF) kerana ingin mempersiapkan kesihatan mentalnya. - Foto INSTAGRAM MARSHA MILAN

Penyanyi Malaysia, Marsha Milan terpaksa menolak tawaran beberapa hospital yang mahu membantunya menjalani kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.

Ini berikutan, Marsha atau nama penuh, Marsha Milan Londoh, 40 tahun, mahu memastikan mental dan fizikal dalam keadaan benar-benar bersedia termasuk mengambil kira keadaan suaminya.

“Ada beberapa hospital mendekati untuk taja dan sebagainya. Tapi, saya fikir belum bersedia. Ramai merisik, tapi tiadalah saya mahu bercerita hospital mana yang merisik.

“Rasanya saya dan suami mungkin kalau boleh mahu buat perkara ini secara hati-hati. Saya beritahu kepada pihak hospital kami masih belum bersedia.

“Bagi pihak saya, terdedah kepada media, tapi suami tidak. Saya kena buat pertimbangan dari sudut pandangan suami mengenai sebaran perkara yang agak peribadi,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 itu berkata, perancangan meneruskan dengan kaedah alternatif itu sememangnya ada, namun, beliau juga perlu membuat pertimbangan dalam pelbagai aspek.

“Sebelum ini, memang nak buat, tapi belum ada rezeki lagi dari segi jadual. Terus-terang cakap mungkin secara mental saya belum bersedia sebab macam-macam saya dengar.

“Terutamanya wanita, akan melalui banyak perkara. Mungkin juga belum ada rezeki untuk teruskan kaedah ini,” katanya.

Biarpun mempunyai keinginan menimang cahaya mata, Marsha berkata, beliau hanya meletakkan harapan sepenuhnya kepada Yang Maha Esa dalam mengatur rezekinya.

“Selebihnya saya serahkan kepada Allah untuk tentukan rezeki. Saya juga mengharapkan masih boleh mengandung secara semula jadi,” tambahnya.

Terdahulu, Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg