Selama 20 tahun membina kerjaya dalam bidang seni suara, Marsha Milan Londoh, mengakui banyak jerih payah dan jatuh bangun yang diharunginya.

Tidak mudah baginya mencipta nama meskipun beliau merupakan pemenang tempat keempat bagi Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005 dan merupakan finalis pertandingan AF Megastar (gabungan peserta handalan AF dari pelbagai musim) pada 2017, yang juga membawa pulang Anugerah Terlajak Megastar.