Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Meghan Markle kongsi komplikasi kehamilan dalam podcast terbaru

Apr 9, 2025 | 5:05 PM
Meghan Markle dedah komplikasi kehamilan yang dialaminya melalui podcast terbarunya, ‘Confessions of a Female Founder’.
Meghan Markle dedah komplikasi kehamilan yang dialaminya melalui podcast terbarunya, ‘Confessions of a Female Founder’. - Foto REUTERS

Isteri Putera Harry dari Britain, Meghan Markle, 43 tahun, mendedahkan beliau mengalami komplikasi berkaitan kehamilannya dalam episod pertama podcast baru miliknya, baru-baru ini.

Dalam episod yang dikongsi pada 8 April, Markle menjemput pengasas aplikasi janji temu, Bumble, Whitney Wolfe Herd.

Mereka berkongsi pernah melalui pengalaman serupa berkaitan keadaan selepas bersalin atau pascapartum dan praeklampsia (komplikasi kehamilan yang dicirikan dengan darah tinggi serta tanda kerosakan pada organ lain) selepas bersalin.   

“Ini adalah keadaan yang jarang berlaku dan sangat menakutkan,” lapor bekas pelakon itu dalam laman web, France 24.

Praeklampsia selepas bersalin adalah keadaan yang jarang berlaku apabila ibu mengalami tekanan darah tinggi dan protein berlebihan dalam air kencing sejurus selepas melahirkan.

“Ketika itu, ia seperti sedang mencuba mengimbangi norma baru, dalam keadaan tidak ada yang mengetahui apakah yang berlaku secara senyap.  

“Dalam keheningan itu, saya tetap berusaha sepenuhnya, terutamanya demi anak-anak. 

“Namun, perkara seperti ini adalah risiko perubatan yang besar,” ujarnya.

Duchess of Sussex itu dan Putera Harry mempunyai dua cahaya mata, Lily dan Archie, yang kini berusia antara tiga dengan lima tahun.  

Podcast terbaru Markle dengan nama, Confessions of a Female Founder, merupakan sebahagian daripada usaha membina imej profesional sebagai penerbit kandungan gaya hidup yang memberi inspirasi kepada umum, khususnya golongan wanita.  

Markle melancarkan siri kulinari di wadah penstriman digital, Netflix, pada Mac.

Beliau turut melancarkan rangkaian produk seperti hiasan rumah, buku masakan dan peralatan senaman yoga, di bawah naungan jenama, As Ever.  

Terdahulu, pada 2020, Markle dan Harry berundur daripada peranan mereka sebagai kerabat diraja secara aktif dan telah berpindah ke California. 

“Ini (komplikasi kehamilan dan selepas bersalin) adalah keadaan yang jarang berlaku dan sangat menakutkan. Ketika itu, ia seperti sedang mencuba mengimbangi norma baru, dalam keadaan tidak ada yang mengetahui apakah yang berlaku secara senyap.   Dalam keheningan itu, saya tetap berusaha sepenuhnya, terutamanya demi anak-anak.”
Meghan Markle.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg