Dengan dunia masih lagi bertarung dengan pandemik Covid-19, penerbit filem Melayu di seberang Tambak tidak mahu mengambil risiko menunggu lebih lama lagi bagi menayangkan filem bermutu mereka. Justeru itu, filem seperti 'Ada Apa Dengan Dosa' dan 'TylcKooUnS' mencari wadah lain seperti tayangan dalam saluran eksklusif Astro First atau pawagam dalam talian bagi mengetengahkan sajian yang dinanti-nantikan penonton Nusantara. BERITA HARIAN melaporkan.
LEBIH sedekad lalu, filem Indonesia dengan tema kerohanian yang diulit dengan kisah percintaan tiga insan, Ayat-Ayat Cinta, mencetus fenomena di Nusantara.