Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nabil Ahmad nangis terima surat direhatkan daripada tugas radio

Mar 25, 2025 | 2:00 PM
Apabila direhatkan daripada bertugas sebagai penyampai radio di segmen, ‘3 Pagi ERA’, pengacara Malaysia, Nabil Ahmad, mengakui ia telah meninggalkan kesan pada emosinya, apatah lagi beliau perlu mencari nafkah buat keluarganya.
Apabila direhatkan daripada bertugas sebagai penyampai radio di segmen, ‘3 Pagi ERA’, pengacara Malaysia, Nabil Ahmad, mengakui ia telah meninggalkan kesan pada emosinya, apatah lagi beliau perlu mencari nafkah buat keluarganya. - Foto INSTAGRAM NABIL ZIRA
Pengacara Malaysia, Nabil Ahmad (kiri) memberitahu apabila beliau direhatkan daripada tugas sebagai penyampai radio di segmen, ‘3 Pagi ERA’, ia telah meninggalkan kesan pada emosinya. Nabil membuat pendedahan itu dalam satu podcast yang dikendalikan Aidid Marcello.
Pengacara Malaysia, Nabil Ahmad (kiri) memberitahu apabila beliau direhatkan daripada tugas sebagai penyampai radio di segmen, ‘3 Pagi ERA’, ia telah meninggalkan kesan pada emosinya. Nabil membuat pendedahan itu dalam satu podcast yang dikendalikan Aidid Marcello. - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE AIDIDITMYWAY

Awan gelap menyelimuti kehidupan pengacara Malaysia, Nabil Ahmad, 42 tahun, sejak terpalit isu kontroversi yang didakwa menyentuh sensitiviti perkauman dan mempersenda upacara agama Hindu di Malaysia.

Pada 4 Mac, Nabil bersama dua penyampai stesen radio, 3 Pagi ERA – Azad Jasmin, 49 tahun, dan Radin Amir Effendi Ahmad Aruani, 35 tahun, direhatkan daripada ke udara sehingga siasatan selesai.

Sewaktu dengan itu, mereka turut tampil memohon maaf berikutan penghasilan video kontroversi yang dilihat mempersendakan tarian kavadi Hindu.

Video berkenaan yang sudah diturunkan dalam wadah media sosial stesen terbabit, memaparkan seorang daripada mereka meniru tarian kavadi sambil menyebut ‘Vel Vel’, disusuli gelak tawa rakan lain.

Potongan video itu juga telah mengundang kecaman netizen kerana ia secara terang-terangan mempersendakan upacara keagamaan penganut Hindu.

Selain itu, Nabil turut mengakui menangis ketika menerima surat direhatkan daripada tugas sebagai penyampai radio Era, lapor laman web Kosmo!

Menurut beliau, perkara tersebut membuatkannya mempersoalkan sama ada kerjaya yang dibina bertahun-tahun akan berakhir begitu sahaja.

“Selepas saya baca surat itu, saya terus ke Masjid Bandar Utama (Malaysia) dan menangis.

“Ketika itu, saya terfikir, sudah habiskah? Adakah ini penghujung kerjaya saya?

“Apa yang harus saya jual ketika ini?” kongsinya dalam satu temu bual podcast bersama mantan pengacara, Aidid Marcello.

Nabil mengulas keadaan itu meninggalkan kesan pada emosinya, ditambah pula beliau perlu mencari nafkah untuk keluarga.

Keputusan direhatkan itu juga membuatkan beliau mula memikirkan masa depannya dan perancangan dalam jangka masa panjang.

“Saya jenis harung semua, jatuh dan bangun sendiri. Tapi bila sampai surat itu, rasa hancur jadinya.

“Saya terfikir ke mana nak pergi dan perancangan masa depan anak-anak. 

“Kerjaya ini memang tak ada ‘backup’. Kalau masa itu habis, kau pun habis,” ujarnya.

Kejadian tersebut mengundang kritikan meluas sehingga syarikat penyiaran, Maestra Broadcast Sendirian Berhad, dikenakan kompaun RM250,000 ($75,376) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kompaun dikenakan atas kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namun begitu, SKMM memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio terbabit selepas mempertimbangkan beberapa faktor.

“Saya tidak pernah tak kerja, selalunya akan dapat cuti atau mohon cuti sendiri.

“Namun, kali ini berbeza kerana saya direhatkan dalam keadaan sedang bekerja dan memerlukan pekerjaan itu,” kata Nabil.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg