Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nubhan enggan ulas isu keluarkan barangan bekas isteri dari rumah

Jan 13, 2026 | 4:07 PM
Nubhan, cerai, gegar vaganza
Penyanyi Malaysia, Nubhan Ahamad, dilihat meluangkan masa bersama tiga cahaya mata di kediaman yang pernah didiami bersama bekas isteri dan anak-anak di Senawang, Negeri Sembilan, Malaysia. - Foto INSTAGRAM NUBHAN AHAMAD

Penyanyi Malaysia, Nubhan Ahamad, 40 tahun, dilihat meluangkan masa bersama tiga cahaya mata di kediaman yang pernah didiami bersama bekas isteri dan anak-anak di Senawang, Negeri Sembilan, Malaysia, dalam suasana ceria.

Sebelum ini, Nubhan dan bekas isteri yang juga doktor gigi, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau lebih mesra disapa Dr Fie, 36 tahun, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, sembilan tahun; Ahmad Aafan, tujuh tahun, dan Afzan Nayille, empat tahun.

Dalam beberapa video, Nubhan turut memuat naik hantaran di Instagram Story, memaparkan kegembiraan serta keakraban hubungan bapa dan anak-anak.

Nubhan turut dilihat melayan anak-anaknya yang seronok bermain walaupun beliau sibuk mempersiapkan diri untuk pertandingan, Gegar Vaganza Musim 12 (GV12).

Di peringkat separuh akhir GV12, pada 11 Januari, Nubhan menjadi antara enam peserta berjaya mara ke pusingan akhir pertandingan itu yang dijangka berlangsung pada 18 Januari.

Dalam masa yang sama, Nubhan juga dilapor menjelaskan tindakan beliau memindahkan barangan bekas isteri keluar dari rumah terbabit yang menurutnya dibuat atas alasan tertentu.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut.

“Semua yang saya lakukan bersebab. Saya tidak mahu ulas lanjut kerana perkara ini masih berada pada peringkat mahkamah.

“Semuanya turut berlaku atas nasihat peguam,” kata Nubhan, dalam laman web, Berita Harian Malaysia (BHM).

Pada 8 Januari, Nubhan tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Negeri Sembilan bagi proses sulh atau mediasi bagi tuntutan harta sepencarian difailkan bekas isterinya, Dr Fie.

Dr Fie memfailkan tuntutan harta sepencarian pada 3 Disember 2025.

Kegagalan Nubhan untuk hadir menyebabkan mahkamah mengarahkan pihak defendan memasukkan pembelaan pada 3 Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg