Dalam usaha mendekatkan seni bangsawan kepada masyarakat, Opera Academy, yang menyediakan program pendidikan seni bagi semua peringkat umur – akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di Kelab Masyarakat Woodlands susulan pembukaan semula kelab masyarakat tersebut setelah melalui proses naik taraf.
Kelab Masyarakat Woodlands ditutup sejak Februari 2023 bagi menjalani proses penambahbaikan dan naik taraf, dan dijangka dibuka semula pada Januari 2026.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg