Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Sharnaaz Ahmad tegur pempengaruh mengenai kandungan ‘takut bini’

Jan 6, 2026 | 7:24 PM
sharnaaz ahmad, pempengaruh, isu, takut bini, rumah tangga
Berkongsi dalam satu hantaran video di Instagram, pelakon Sharnaaz Ahmad berkata jika terlalu kerap memainkan isu takut bini, dikhuatiri ia akan memberi kesan negatif kepada rumah tangga pempengaruh itu sendiri. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur pempengaruh agar tidak menjadikan isu ‘takut bini’ sebagai bahan kandungan demi tontonan dan hiburan ramai.

Berkongsi luahan dalam hantaran video di Instagram, Sharnaaz berkata jika terlalu kerap memainkan isu berkenaan, dikhuatiri ia akan memberi kesan negatif kepada rumah tangga pempengaruh itu sendiri.

“Saya mahu tegur pencipta kandungan, tidak kira lelaki atau perempuan, yang suka buat kandungan ke arah ‘takut bini’.

“Anda tahu tak perkara itu satu pengaruh kepada perkahwinan anda sendiri.

“Kepada kaum wanita yang kononnya anda berlakon, anda sedar atau tidak yang perkara itu akan dibawa ke dunia nyata dan itulah cara anda akan bercakap dengan suami,” katanya.

Mengulas lanjut, Sharnaaz berpandangan, isteri tidak seharusnya ditakuti, tetapi dihormati sebagai seorang wanita.

“Perkara ini bukan terjadi sekali dua, perasan atau tidak, yang banyak buat kandungan ke arah itu, akhirnya bercerai.

“Ini nasihat saya, kita bukan takut dengan perempuan, tetapi hormat mereka.

“Wanita itu memang watak yang sangat penting dalam kehidupan kita dan sebab itu Allah menciptanya daripada seorang lelaki.

“Jadi, kita hormati wanita, tapi tak perlu takut,” katanya.

Pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu menegaskan rasa takut kepada isteri dalam perkahwinan boleh membawa kepada masalah lebih besar jika tidak ditangani dengan betul.

“Kalau dalam perkahwinan anda takut kepada seorang wanita, anda akan ada masalah dalam perkahwinan, percayalah saya.

“Ini nasihat daripada seorang yang sudah tua dan sudah pernah bercerai.

“Tetapi, saya bercerai bukan sebab kes begitu.

“Saya tak mahu nampak depan mata yang kes perceraian itu semuanya bermula daripada itu (kandungan ‘takut bini’),” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg