Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peminat rindu suara, lagu Siti dulu

Nov 5, 2023 | 5:30 AM
ALBUM ‘SITISM’: Kulit album yang futuristik serta gabungan lagu yang sinonim dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan yang terkini adalah antara elemen yang diketengahkan dalam album solo beliau yang ke-20 ini.
ALBUM ‘SITISM’: Kulit album yang futuristik serta gabungan lagu yang sinonim dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan yang terkini adalah antara elemen yang diketengahkan dalam album solo beliau yang ke-20 ini. - Foto INSTAGRAM CTDK

Jika lihat di ruangan komen terutama di video-video persembahan nyanyian terkini Datuk Seri Siti Nurhaliza, ada sahaja yang memberi komen bahawa suara Siti kedengaran tebal dan tidak senyaring dahulu.

Namun, warganet lupa bahawa ia adalah sesuatu yang normal untuk seseorang mengalami perubahan vokal yang mana suaranya akan menjadi lebih matang seiring usia. Lagi-lagi jika suara digunakan sebagai sumber ‘cari makan’.

“Saya lebih suka dengan suara saya yang sekarang ini. Ia mempunyai ‘bes’ yang membuat suara saya lebih tebal dan padat.

“Dahulu, jika komposer beri saya lagu bernada tinggi, saya nyanyi sahaja tanpa ‘feel’ dan teknik yang betul,” ujar Siti.

Dalam album Sitism ini, Siti berkata beliau ada menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi, tetapi tidak setinggi dahulu.

“Saya lebih suka menyanyi mengikut kemampuan sambil menikmati ciptaan lagu yang diberikan,” jelas Siti.

Bagi pemilihan lagu pula, Siti cuba untuk seimbangkan lagu-lagu yang sinonim dengan diri beliau tetapi pada masa yang sama bereksperimentasi dengan trend muzik terkini.

Siti berkata: “Pada album ini, saya cuba kekalkan lagu-lagu Siti Nurhaliza yang lama, seperti Romansa Kita. Namun, lagu-lagu ini haruslah ada kematangan dari segi susunan muzik, sesuai dengan suara saya yang terkini. Pada masa yang sama, saya juga mahu selitkan lagu-lagu yang mengikut cita rasa anak muda hari ini.

“Itulah Sitism. Sitism adalah Siti Nurhaliza. Saya masih kekalkan nyanyian saya mengikut kesesuaian lagu. Nak saya lenggok seperti Purnama Merindu boleh, tapi harus tengok jika ia sesuai dengan lagu itu.”

Mengenai sambutan album Sitism, Siti melahirkan rasa syukurnya kerana mendapat sambutan yang positif dalam kalangan peminatnya.

“Alhamdulilah, rata-rata peminat suka dengan album ini dari kulit album yang futuristik sehingga susunan lagu. Ini bermakna usaha keras semua yang terlibat berbaloi,” ujarnya. – Nuraishah Abdul Rahman

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg