Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lautan peminat luangkan masa hujung minggu bersama idola Siti Nurhaliza

Penyanyi ikonik M’sia kongsi perjalanan, tip niaga di sesi ramah mesra anjuran Deen Dunya
Oct 29, 2023 | 5:03 PM
TEMU PEMINAT: Datuk Seri Siti Nurhaliza (berdiri) beramah mesra dengan peminat di acara ‘Up Close and Personal’ yang dianjurkan syarikat Deen Dunya di restoran The Malayan Council di The Fullerton Waterboat House pada 29 Oktober.
TEMU PEMINAT: Datuk Seri Siti Nurhaliza (berdiri) beramah mesra dengan peminat di acara ‘Up Close and Personal’ yang dianjurkan syarikat Deen Dunya di restoran The Malayan Council di The Fullerton Waterboat House pada 29 Oktober. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Menempuh cuaca panas untuk bertemu artis kesayangan mereka.

Itulah yang dilakukan sekitar 150 peserta acara ‘Up Close and Personal with Datuk Seri Siti Nurhaliza’ di cawangan terbaru restoran The Malayan Council (TMC) di The Fullerton Waterboat House pada Ahad.

Acara yang dianjurkan syarikat yang menjual produk keislaman, Deen Dunya, mendapat sambutan hangat daripada peminat yang ghairah bertemu dengan penyanyi dan usahawan tersohor itu.

Segmen yang diketengahkan di acara itu termasuk sesi perkongsian oleh asatizah tempatan, persembahan serta perkongsian oleh Datuk Siti, makan tengah hari yang dihidangkan secara bufet oleh TMC, serta sesi demonstrasi solekan oleh jurudandan tempatan, Cik Fatimah Mohsin, menggunakan produk kecantikan SimplySiti.

Deejay stesen Warna 942, Aura Shai, selaku hos, membuka tirai acara dengan menjemput dua asatizah tempatan, Ustazah Shameem Sultanah dan Ustazah Liyana Musfirah, untuk mengetengahkan topik mengenai keyakinan dalam mengimbangi tanggungjawab harian sebagai wanita.

TINGKAT KEYAKINAN: (Dari kiri) Ustazah Shameem Sultanah dan Ustazah Liyana Musfirah mengetengahkan topik mengenai keyakinan dalam mengimbangi tanggungjawab harian sebagai wanita.
TINGKAT KEYAKINAN: (Dari kiri) Ustazah Shameem Sultanah dan Ustazah Liyana Musfirah mengetengahkan topik mengenai keyakinan dalam mengimbangi tanggungjawab harian sebagai wanita. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Datuk Siti melahirkan rasa syukurnya dapat peluang istimewa untuk bermesra dengan para peminatnya dengan lebih dekat. 

Beliau berkata: “Saya terkejut dan berbesar hati dengan ramai yang hadir pada tengah hari ini. Wow ramainya, alhamdulillah.”

Apa yang  membuat acara ini lebih istimewa ialah apabila Datuk Siti ‘belanja’ lagu ‘hit’ beliau, ‘Aku Cinta Padamu’, sambil mendekati meja peminat di pertengahan persembahannya.

Penyanyi ikonik itu turut beramah mesra dan menjawab soalan daripada para hadirin, termasuk langkah memulakan perniagaan.

Datuk Siti juga berkongsi bagaimana beliau bermula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan kosmetik 13 tahun yang lalu melalui jenama SimplySiti. 

Bermula dengan minatnya terhadap barang solekan, kini perniagaannya meliputi penjagaan kulit dan kesihatan dalaman, khususnya bagi kaum wanita.

PRODUK KECANTIKAN: Datuk Siti menunjukkan salah satu produk kecantikan pada acara itu.
PRODUK KECANTIKAN: Datuk Siti menunjukkan salah satu produk kecantikan pada acara itu. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

“Perniagaan SimplySiti dapat bertahan walaupun dengan pandemik Covid-19 yang melanda. Dengan pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang teliti, pemasaran yang betul dan pasukan yang berkaliber, kami dapat mengeluarkan produk yang bermutu, sesuai dengan kulit wanita Asia.

Ustazah Shameem juga meluahkan rasa syukur dapat menjalinkan ukhuwah bersama ramai yang hadir, termasuk Datuk Siti.

“Alhamdulilah saya dapat menjalinkan ukhuwah dan beramah mesra dengan ramai di sini, juga bersama Datuk Siti,” katanya.

Salah seorang peminat yang mendapatkan tiket VIP, Cik Fatihah Johari, 37 tahun, berkata beliau tersentuh dengan perkongsian yang dibentangkan oleh Datuk Siti serta para asatizah di acara itu.

“Saya rasa ini satu kolaborasi yang sangat baik yang mengimbangkan isu seharian yang dijalani wanita dengan isu keagamaan,” ujar guru Bahasa Melayu itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg