Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peminat teguh di belakang penyanyi, Naim Daniel

Jun 9, 2025 | 3:50 PM
Naim Daniel, Naimians
Penyanyi dan pelakon Malaysia, Naim Daniel (empat dari kiri) bersama peminatnya yang digelar ‘Naimians’ selepas salah satu persembahannya. - Foto INSTAGRAM NAIMIANS

Dalam situasi penuh teka-teki dan spekulasi yang sedang menyelubungi penyanyi dan pelakon popular, Naim Daniel, 27 tahun, peminatnya tetap teguh berdiri di belakang idola mereka.

Menerusi Instagram Story kelab peminat, ‘Naimians’, terdapat beberapa mesej berbentuk kata-kata semangat dikongsi sebagai tanda sokongan moral terhadap Naim.

Nama artis itu dipetik dalam satu dakwaan melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, baru-baru ini, lapor Harian Metro.

“Teruskan melangkah tanpa menoleh ke belakang, kerana masa lalu tidak menentukan siapa Naim yang sekarang!

“Yang penting adalah bagaimana Naim bangkit dan terus mara ke hadapan,” tulis seorang peminat.

Luahan berkenaan bukan sahaja menggambarkan keyakinan peminat terhadap peribadi dan integriti Naim, malah turut menyeru agar artis itu terus kuat dan tabah menghadapi ujian getir ini.

“Jangan biarkan suara-suara sumbang meracuni fikiranmu. Mereka bukan penentu arah hidupmu, Naim yang memegang kendali.

“Setiap pagi adalah peluang baru untuk mencipta kejayaan, untuk membuktikan bahawa tiada apa yang dapat menghalangmu selagi Naim percaya pada diri sendiri,” tulis peminat di laman itu.

Kelab peminat berkenaan turut menyeru agar Naim menjadikan ketenangan, senyuman dan keyakinan sebagai kekuatan utama dalam berdepan cabaran ini.

“Abaikan kata-kata yang cuba menjatuhkanmu, kerana itu bukan cermin dirimu, itu hanya pantulan ketidakpastian mereka sendiri.

“Dunia ini luas dan potensimu lebih besar daripada apa yang pernah Naim bayangkan!” tulisnya.

Sementara itu, sehingga kini Naim yang popular dengan lagu Sumpah dan Purnama atau wakilnya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung spekulasi berkenaan.

Namun, ruangan komen media sosial miliknya dibanjiri dengan mesej sokongan dan doa agar diberi kekuatan menghadapi situasi ini dengan penuh tenang dan matang dan tidak kurang juga kecaman serta sindiran.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor, Malaysia.

Mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg